MINGGU KE 30
Tarikh : 11 Ogos 2014
Masa : 7.45 pagi - 8.20 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan
Guru Bertugas :
- En Yusnizan b Ahmad Marzuki
- Pn Y Nuryati bt Abu Bakar
- Pn Mahfuzah bt Ahmad Zakuan
- Pn Diana bt Yusof
Laporan :
1. Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
- Pengacara Majlis ialah adik Alif Rahimi b Kamaruzzaman.
- Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
- Bacaan doa oleh adik Mohd Nabil b Mohd Johan.
- Bacaan ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid oleh adik Mohd Aniq.
- Bacaan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh adik Mohd Haikal
2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas ( Pn Norsaliza ) :
- Beliau mengucapkan tahniah kepada murid yang dapat hadir ke sekolah hari ini.
- Beliau memaklumkan bahawa tandas akan dikunci selepas rehat tahap 2, sekiranya murid tidak menjaga kebersihan tandas dengan sewajarnya.
- Memandangkan musim perayaan, murid tidak dibenarkan membawa duit yang banyak ke sekolah untuk mengelakkan kehilangan berlaku.
- Murid dilarang bermain-main dan berkejar-kejaran di jalan raya hadapan pagar sekolah untuk mengelakkan kemalangan berlaku.
3. Laporan Guru Bertugas Minggu Ini ( En Yusnizan ) :
- Beliau memaklumkan nama guru yang bertugas pada minggu ini.
- Tema pada minggu ini ialah " Adab Seorang Pelajar ".
- Beliau menasihati murid agar sentiasa menghormati para guru untuk mendapat ilmu yang berkat.
- En Yusnizan juga mengumumkan nama murid yang lahir antara 11 Ogos sehingga 17 Ogos untuk program sekolah penyayang.
4. Pelancaran Bulan Panitia Pendidikan Seni.
- Pelancaran tersebut dipengerusikan oleh En Mohd Reza Feelaqiz b Shauri.
- Ucapan Ketua Panitia Pendidikan Seni, Pn Siti Juitah bt Ibrahim.
- Dirasmikan oleh En Mohd Azmin b Atan
5. Anugerah Hadiah kepada murid Tahun 6 sempena Kem UPSR
6. Pengumuman kelas terbersih.
- Tahap 1 - Kelas 3C
- Tahap 2 - Kelas 4G
![]() |
Ucapan Ketua Panitia Pendidikan Seni, Pn Siti Juitah sempena "Pelancaran Bulan Panitia Pendidikan Seni" |
![]() |
![]() |
Perasmian Bulan Panitia Pendidikan Seni oleh PK Pentadbiran, En Mohd Azmin b Atan. |
![]() |
Anugerah hadiah sempena " Kem UPSR Tahun 6" |
No comments:
Post a Comment