Friday, September 5, 2014

Program Solat Hajat dan Restu Ilmu UPSR 2014

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana Program Solat Hajat dan Restu Ilmu UPSR 2014 telah berjalan lancar malam semalam 4 September 2014. Majlis yang bermula seawal 7.00 petang dan berakhir 10.00 malam ini telah mendapat sambutan daripada ibu bapa terutamanya ibu bapa murid-murid tahun 6. Majlis Solat Hajat ini telah diimamkan oleh Ustaz Idrus dari masjid Ar-Rahman Pulau Meranti.

Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang telah hadir bagi memeriahkan majlis. Terima kasih juga diucapkan kepada semua guru yang telah bekerjasama menjayakan majlis ini. Kepada semua murid tahun 6, pihak sekolah mendoakan kejayaan anda dalam peperiksaan UPSR nanti. Doa yang telah dipanjatkan haruslah disertai dengan usaha. Akhir sekali jagalah kesihatan sepanjang minggu peperiksaan.











No comments: