Masa : 7.45 hingga 8.15 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SK Pulau Meranti
Guru bertugas minggu ke - 34:
1. Pn. Noni Bt Said
2. Pn. Roshida Bt Nayan
3. Pn. Saliza Binti Ahmad Salleh
4. Pn. Rose Helina Bt Jedin
Laporan :
1) Nyanyian, bacaan doa dan ikrar. Pengacara Majlis ialah Alif Rahimi.Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu rasmi sekolah.Bacaan doa oleh Abu Bakar As Sidiq B Mohd Mahzan. Bacaan Ikrar, Rukun Negara & Ikrar murid oleh Nur Aleya Haziqah dan Mohd Aniq. Bacaan Ikrar keselamatan jalan raya oleh Mohd Aidil.
2) Laporan guru bertugas minggu lepas (En. Ibrahim). Murid-murid dilarang untuk kejar-mengejar atau berlari-lari di pintu pagar sekolah untuk mengelakkan kecederaan dan kemalangan.
3) Ucapan daripada guru bertugas Pn. Noni mengenai maklumat tahun 1, 2 dan 3 yang direhatkan sempena peperiksaan UPSR. Murid-murid khususnya tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada hari Selasa, Rabu dan Khamis ini juga diingatkan supaya menjaga keselamatan diri dan kesihatan diri masing-masing.
4) Ucapan daripada pihak pentadbir diberi oleh Pn Nora Bt Yusof yang turut menekankan tentang keselamatan & kesihatan diri murid-murid yang ingin menduduki peperiksaan UPSR.
5) Perhimpunan ditamatkan awal untuk program Restu Ilmu.
Laporan Disediakan Oleh :
Saliza Binti Ahmad Salleh
No comments:
Post a Comment