![]() |
Kontijen Selangor, Johan Keseluruhan RIMUP 2014 |
Tanggal 11 September 2014 telah mengukir satu lagi sejarah manis buat seluruh warga SKPM di mana pasukan tarian RIMUP negeri Selangor yang dianggotai 4 buah sekolah dari Selangor termasuk SK Pulau Meranti telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan pertandingan tarian RIMUP peringkat kebangsaan 2014 yang telah diadakan di Ipoh, Perak baru-baru ini. Muhd Syahmi Bin Zaini dari tahun 5 Gemilang merupakan salah seorang peserta dari SKPM yang telah menyertai petandingan tersebut. Umumnya program RIMUP adalah sebuah program anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia yang menerapkan nilai perpaduan berbilang kaum di Malaysia. Pertandingan tarian ini juga julung kalinya diadakan dan telah mendapat sambutan yang baik dari seluruh negeri di Malaysia. Diharapakan kecemerlangan dan kegemilangan anak-anak didik SK Pulau Meranti dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dan melahirkan insan-insan mampu bersaing dan mempunyai kualiti yang membanggakan. Tahniah diucapkan kepada kumpulan Galang Maya SK Pulau Meranti.
![]() |
Muhd Syahmi Zaini dengan trofi kemenangan |
![]() |
Cikgu Reza merupakan pembantu jurulatih bagi kontijen Selangor dan dibantu oleh Zamri B. zainal Abidin |
No comments:
Post a Comment