Wednesday, August 19, 2015

KARNIVAL SKPM 2015


Buat julung-julung kalinya, pihak sekolah dan pihak PIBG bergabung tenaga menjayakan Karnival Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti

Karnival ini akan dijalankan pada Ahad 30 Ogos 2015, bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Pelbagai aktiviti jualan, pameran, permainan dan pertandingan pakaian beragam dan karaoke  telah dirancang untuk menjayakan program ini.  

Karnival ini diadakan adalah untuk mengutip dana bagi menaiktaraf infrastruktur fizikal sekolah. Dalam usaha untuk mengumpulkan dana ini, pihak sekolah amat memerlukan bantuan dan sumbangan dari segenap warga sekolah.  Sumbangan dan bantuan walau sekecil mana, mampu memberi impak yang besar dalam usaha membaikpulih prasarana sekolah yang semakin uzur.

Datanglah beramai-ramai menyokong usaha PIBG dan pihak sekolah. 

No comments: