Tarikh : 10 Ogos 2015
Tempat : Dataran Perhimpunan
Guru Bertugas:
1. Encik Yusnizan Ahmad Marzuki
2. Encik Ridzuan Amir
3. Pn Sharifah Saini
4. Pn Cheng Wai Ling
5. Pn Siti Juitah Ibrahim
Perhimpunan pagi dimulakan dengan 3 buah lagu, Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu sekolah. Bacaan Ikrar Rukun Negara dibacakan oleh Pn. Sharifah binti Saini. Seterusnya bacaan doa,oleh Muhammad Kamarul Hisyam bacaan Ikrar Murid oleh Hakimi Aiman dan bacaan Ikrar Keselamaan Jalan Raya dipimpin oleh pengawas yang bertugas Haziq Akmal.
Laporan guru bertugas minggu lepas : En Gopi.
- Menegur murid-murid yang suka membuang masa terutama sewaktu perhimpunan selepas rehat. Semua murid dikehendaki beratur di tapak perhimpunan dengan segera.
- Semasa hujan, murid-murid hendaklah sentiasa berhati-hati,tidak dibenarkan bermain.
Ucapan Guru Bertugas : Pn. Sharifah Saini
Tema : Hormat-menghormati
- Memberi nasihat supaya murid sentiasa hormat- menghormati antara satu sama lain sebagai contoh memberi salam antara sesama murid, guru-guru,ibu bapa dan sesiapa sahaja.
Selain itu semua murid juga dikehendaki menghormati hak orang lain,mesti mematuhi nasihat orang yang lebih dewasa.
Ucapan Guru Pen. Kanan Pentadbiran : En. Mohd Azmin bin Atan
- Mengucapkan tahniah kepada Pn. Sharifah atas pertunangan beliau.
- Mengingatkan murid supaya fokus kepada pembelajaran dan berikan tumpuan ketika guru mengajar.
- Tahun 6 akan menduduki Ujian Percubaan UPSR Kali ke dua pada 11.08.2015 (Selasa).
Perhimpunan pada hari itu ditangguhkan dengan nyanyian lagu Malaysia Berjaya. Seterusnya murid masuk ke dalam kelas.
No comments:
Post a Comment