30
Ogos 2015 bersamaan hari Ahad, SK Pulau Meranti telah mengadakan Hari
Karnival SKPM buat julung kalinya. Hari Karnival tersebut diadakan
dengan kerjasama Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG), Badan Kebajikan
Guru dan Staf (BKGS) dan Unit KO Kurikulum SK Pulau Meranti.
Pihak
sekolah telah menjemput Syarikat Feel Heart Entertaiment bagi
menyediakan peralatan permainan pada Hari Karnival. Antaranya permainan
Bounce Castle, Bicycle Tricker, Paint Ball, Zorb Ball, Water Ball, Dart
Target, Ring Target, Basket Ball Target, Dodge Ball Target, Memanah dan
lain-lain lagi. Bayaran dikenakan sebanyak RM 25 bagi setiap peserta.
Peserta boleh bermain kesemua permainan sehingga jam 5 petang.
Antara
acara lain yang diadakan pada hari tersebut ialah pertandingan pakaian
beragam sempena kemerdekaan dan pertandingan karaoke yang bertempat di
Dewan SKPM. Selain daripada itu, pihak penganjur telah menjemput agensi
kerajaan dan agensi swasta bagi memeriahkan lagi Hari Karnival antaranya
wakil dari Agro Bank, Pejabat Kesihatan Sepang dan Agensi Anti Dadah.
Tidak lupa cabutan bertuah juga turut diadakan pada hari tersebut.
Para
guru dan staf tidak ketinggalan membuka gerai jualan makanan dan
pakaian pada hari tersebut. Antaranya jualan minuman, rojak buah, laksa,
nasi lemak, roti sandwich, mee kari, yong tau fu, ais krim, bihun sup,
dadih dan banyak lagi. Semua jualan pada hari tersebut sangat laris.
Semua guru dan staf telah memberikan komitmen yang tinggi pada hari
tersebut.
Ramai
murid dan ibu bapa hadir pada hari tersebut. Semoga Hari Karnival yang
diadakan ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga SKPM,
ibubapa serta penduduk Pulau Meranti.
LENSA KAMERA
 |
Pertandingan Pakaian Beragam |
 |
Pameran dari Agensi Dadah |
 |
Jualan Barang Terpakai / Bundle |
 |
Permainan Bola Air |
 |
Murid sedang beratur menunggu giliran |
 |
Permainan Paint Ball |
 |
Permainan Bicycle Tricker |
 |
Permainan Ring Target |
 |
Permainan Memanah |
 |
Permainan Dart Target |
 |
Beratur menunggu giliran Bounce Castle |
 |
Pertandingan Karaoke | | | |
|
|
|
|
|
 |
Gerai jualan minuman |
| |
Gerai jualan makanan |
|
|
|
|
| |
Pemenang cabutan bertuah |
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment