Tuesday, August 11, 2015

Laporan Perhimpunan Minggu ke 28


Tarikh : 10 Ogos 2015
Tempat : Dataran Perhimpunan


Guru Bertugas:
1. Encik Yusnizan  Ahmad Marzuki
2. Encik Ridzuan Amir
3. Pn Sharifah Saini
4. Pn Cheng Wai Ling
5. Pn Siti Juitah Ibrahim


Perhimpunan pagi dimulakan dengan 3 buah lagu, Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu sekolah. Bacaan Ikrar Rukun Negara dibacakan oleh Pn. Sharifah binti Saini. Seterusnya bacaan doa,oleh Muhammad Kamarul Hisyam bacaan Ikrar Murid oleh Hakimi Aiman dan bacaan Ikrar Keselamaan Jalan Raya dipimpin oleh pengawas yang bertugas Haziq Akmal.



Laporan guru bertugas minggu lepas : En Gopi.

- Menegur murid-murid yang suka membuang masa terutama sewaktu perhimpunan selepas rehat. Semua murid dikehendaki beratur di tapak perhimpunan dengan segera.
- Semasa hujan, murid-murid hendaklah sentiasa berhati-hati,tidak dibenarkan bermain.


Ucapan Guru Bertugas : Pn. Sharifah Saini

Tema : Hormat-menghormati

- Memberi nasihat supaya murid sentiasa hormat- menghormati antara satu sama lain sebagai contoh memberi salam antara sesama murid, guru-guru,ibu bapa dan sesiapa sahaja.
  Selain itu semua murid juga dikehendaki menghormati hak orang lain,mesti mematuhi nasihat orang yang lebih dewasa.


 Ucapan Guru Pen. Kanan Pentadbiran : En. Mohd Azmin bin Atan

- Mengucapkan tahniah kepada Pn. Sharifah atas pertunangan beliau.
- Mengingatkan murid supaya fokus kepada pembelajaran dan berikan tumpuan ketika guru mengajar.
- Tahun 6 akan menduduki Ujian Percubaan UPSR Kali ke dua pada 11.08.2015 (Selasa).



Perhimpunan pada hari itu ditangguhkan dengan  nyanyian lagu Malaysia Berjaya. Seterusnya murid  masuk ke dalam kelas.


Murid-murid Tahun 6 Pula akan masuk dewan untuk aktiviti bengkel Bahasa Inggeris yang dikendalikan oleh guru-guru Bahasa Inggeris SKPM


Laporan disediakan oleh :

Pn.Siti Juitah Ibrahim







No comments: