Monday, August 3, 2015

Lawatan Sambil Belajar Tahap 1

1 Ogos 2015 (Sabtu) - Seramai 54 orang murid Tahun 1, 2 dan 3 serta 10 orang guru telah mengikuti lawatan ke 3D Art Gallery, Farm In The City dan Beryl's Chocolate Wonderland yang terletak di Sri Kembangan.

Aktiviti bermula seawal jam 7.30 pagi di mana murid-murid berkumpul di SK Pulau Meranti dan bersarapan. Tepat jam 8.15 pagi, bas mula bertolak ke 3D Art Gallery. Murid-murid telah didedahkan dengan pelbagai lukisan 3D yang terdapat di sekitar kawasan tersebut. 

Kemudian, perjalanan diteruskan ke Farm In The City yang menempatkan pelbagai haiwan yang jinak. Murid-murid sangat teruja berada di sana. Setiap destinasi di Farm In The City dikendalikan oleh pegawai terlatih yang bertugas. Murid-murid diberi penerangan tentang haiwan-haiwan yang terdapat di sana. Mereka juga diberi peluang untuk memberi makanan kepada haiwan seperti kura-kura, rusa, kambing, ikan dan arnab, merasai pengalaman menangkap ikan dan menyentuh haiwan-haiwan yang jinak.

Seterusnya, tepat jam 1.00 tengah hari, murid-murid dibawa ke kilang Beryl's Chocolate dan melihat sendiri cara penghasilan coklat dari buah koko, pembungkusan coklat dan pelbagai jenis coklat keluaran Beryl's.

Pastinya, ini merupakan pengalaman yang bermakna buat murid-murid yang pertama kali merasai lawatan sebegini. Walaupun, mereka kelihatan penat dan letih melalui 3 jam berjalan kaki di Farm In The City, tetapi jelas terpancar kepuasan dan keceriaan muka masing-masing. Diharap program seperti ini dapat memberi manfaat kepada murid-murid SK Pulau Meranti.














No comments: