Wednesday, August 19, 2015

Pelancaran bulan Kemerdekaan

Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Panitia Sejarah telah melaksanakan Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada 17 Ogos 2015, Isnin.
Bulan Ogos pada setiap tahun dikenang sebagai bulan kemerdekaan apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957.
Sambutan bulan kemerdekaan seumpamanya secara tidak langsung dapat menerapkan nilai-nilai patriotik dalam kalangan warga sekolah.

Objektif program :-

  • Melahirkan generasi yang mengetahui erti kemerdekaan yang sebenar.
  • Melahirkan insan yang tahu menilai pengorbanan dalam mencapai status negara bebas merdeka.
  • Mendorong murid-murid dan warga sekolah menjadi lebih berjaya dalam mencapai azam dan impian masing-masing.
Aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan :-
  • Pelancaran Bulan Kemerdekaan ( 17 Ogos 2015 )
  • Pertandingan mewarna Kemerdekaan (Pra sekolah & tahun1 & 2)
  • Pertandingan Kuiz Kemerdekaan ( Tahun 3 & 4 )
  • Pertandingan Sajak Kemerdekaan ( Tahun 3 & 4 )
  • Pertandingan Melukis Poster Kemerdekaan ( Tahun 5 & 6 )
  • Pertandingan Hiasan Kelas Patriotik
  • Pertandingan Laju Patriotik
  • Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan ( 17 September 2015 )


 


 
   

No comments: