Wednesday, July 19, 2017

LATIHAN KEBAKARAN DAN DEMONSTRASI MEMADAM KEBAKARAN

SK PULAU MERANTI, 18 Julai - Unit Hal Ehwal Murid (HEM) SK Pulau Meranti di bawah unit keselamatan sekolah telah mengadakan Latihan Kebakaran dan Demonstrasi Memadam Kebakaran . Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pendedahan  kepada warga sekolah tentang bahaya kebakaran dan cara menyelamatkan diri ketika kebakaran serta tatacara penggunaan alat pemadam api. Program ini melibatkan murid sesi pagi iaitu Tahun 1,4,5, 6 dan prasekolah. Manakala untuk sesi petang melibatkan murid Tahun 2 dan 3. Acara bermula dengan  taklimat  ringkas dan penerangan tentang asas-asas memadam kebakaran serta tatacara penggunaan alat pemadam api . Program ini diteruskan dengan demonstrasi memadam kebakaran. Penglibatan guru dan murid dalam aktiviti tersebut amat menggalakkan. Program ini diharapkan dapat memberi sedikit maklumat dan pengalaman yang berguna kepada murid-murid dan guru-guru. 




































No comments: