Tarikh : 24 Julai 2017
Masa : 7.30 hingga 8.00 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan
Masa : 7.30 hingga 8.00 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan
Guru Bertugas Sesi Pagi:
- En. Nordin bin Mat Hussin
- Pn. Hayati binti Kamis
- Pn. Suriatie binti Che Lah
- Cik Siti Aniqah binti Saineh
Aktiviti:
- Pengerus Majlis : Cik Siti Aniqah binti Saineh
- Nyanyian : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah & Lagu Aku Negaraku dikendalikan oleh : Ulfah Umairah bt Azizi (6G)
- Bacaan Doa : Muhammad Aniq bin Amin (6G)
- Ikrar Rukun Negara : Cik Siti Aniqah binti Saineh
- Ikrar Murid : Adam Harith bin Azwan Hazle (6G)
- Ikrar Keselamatan Jalan Raya : Cik Siti Aniqah binti Saineh
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas:
- Laporan disampaikan oleh Cik Sharifah Nurul Hafizah binti Syed Omar
- Semua murid diingatkan supaya menjaga adab dan peraturan semasa waktu rehat. Murid tidak dibenarkan berlari-lari dan bermain di kawasan berbukit dan semak.
- Murid perlu segera bergerak ke tapak perhimpunan setelah loceng tamat rehat dibunyikan.
Ucapan Guru Bertugas:
- Ucapan disampaikan oleh Cik Siti Aniqah binti Saineh
- Guru memaklumkan guru yang bertugas.
- Makluman tentang Peperiksaan Percubaan UPSR. Murid-murid lain tidak dibenarkan membuat bising dan berada di sekitar dewan peperiksaan semasa peperiksaan sedang dijalankan.
Penghargaan dan Ganjaran
- Penyampaian Sijil Penyertaan Kepada Peserta Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) yang mengikuti Perkhemahan PPIM di Tasik Cyberjaya.
- Seramai 4 orang murid yang terlibat dalam perkhemahan tersebut.
- Penyampaian sijil disempurnakan oleh Guru Besar, Pn. Siti Habsah bt Ahmad
- Penyampaian Hadiah Kepada Peserta NILAM (Bahasa Inggeris) yang telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan yang dianjurkan pada peringkat daerah. Murid tersebut ialah Aeryn Ilyn Safia binti Nor Hisham.
![]() |
Peserta Perkhemahan PPIM |
![]() |
Peserta NILAM Bahasa Inggeris |
Ucapan PK Hal Ehwal Murid
Murid diingatkan semula dengan beberapa peraturan sekolah:
- Kehadiran ke sekolah adalah sebelum pukul 7.20 pagi. Murid yang hadir lewat selalunya adalah murid yang dihantar oleh ibu bapa sendiri. Jadi, murid perlu lebih berdisiplin dan bangun lebih awal.
- Selepas makan dan minum di kantin, pinggan dan cawan perlu diletakkan di dalam besen yang disediakan, manakala plastik dan kertas perlu dimasukkan ke dalam tong sampah.
- Murid perlu menjaga harta benda sekolah seperti meja dan kerusi kerana kebanyakan kerusi patah adalah disebabkan oleh kerusi dijongketkan (2 kaki).
No comments:
Post a Comment