Hari : Isnin
Masa : 3.40 - 4.10 Petang
Tempat : Dataran Ilmu
GURU BERTUGAS:
- En. Mohd Zulhusni Bin Suhaimi
- Pn. Yusnur Aida Binti Yusof
- Pn. Nordiana Binti Amiruddin
- Pn. Mahfuzah Binti Ahmad Zakuan
- En. Mohd Nasrul Afiq Bin Md. Desa
- Pn. Noor Rashedah Binti Mustaffa
AKTIVITI;
- Pengerusi Majlis: En.Mohd Riza Feelaqiz Bin Shauri
- Nyanyian: Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku
- Bacaan Doa: Adik Muhd Naqib Zakuan Bin Mohd Halimi (3G)
- Ikrar Rukun Negara: En.Mohd Riza Feelaqiz Bin Shauri
- Ikrar Murid: Adik Aina Haziqah Putri Binti Khairul Hamidy(3C)
UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG:
- Disampaikan oleh Puan Hasimah Binti Samarin.
- Puan Hasimah memaklumkan sepanjang minggu ini Peperiksaan Percubaan UPSR akan berlangsung.
- Murid-murid diingatkan supaya tidak membuat bising sepanjang Peperiksaan Percubaan UPSR.
- Murid-murid juga diingatkan supaya tidak melalui kawasan kelas peperiksaan dan terus berhimpun di Dataran Ilmu dan membuat bacaan NILAM.
- Puan Hasimah juga memaklumkan bahawa pada hari Selasa (25 Julai 2017) sekolah mengambil cuti peristiwa memandangkan ramai guru yang terlibat dengan Taklimat PRU.
- Puan Hasimah juga memaklumkan bahawa aktiviti Kokurikulum ditangguhkan pada minggu ini bagi memberi laluan kepada Peperiksaan Percubaan UPSR.
UCAPAN GURU BERTUGAS:
- Disampaikan oleh Puan Nordiana Binti Amiruddin.
- Tema pada minggu ini ialah "Disiplin"
- Murid-murid diingatkan sentiasa mematuhi peraturan semasa berada di sekolah agar disiplin dapat dikawal dengan baik terutamanya ketika berada di dalam kelas dan perhimpunan.
- Ada segelintir murid yang suka menghabiskan wang belanja sekolah dengan belanja murid lain dan esoknya murid tersebut akan memaksa murid yang dibelanja itu membelanjanya semula.
- Sikap ini perlu dijauhi dan guru akan mengambil tindakan disiplin jika perkara ini berulang.
- Jika ada sebarang masalah, boleh berjumpa dengan guru bertugas mingguan.
No comments:
Post a Comment