Monday, July 17, 2017

PERHIMPUNAN MINGGU KE 26 SESI PAGI

Laporan Perhimpunan Minggu Ke 26 (Minggu Pengakap)

Guru Bertugas:
En. Yusnizan b. Ahmad Marzuki
Pn. Roshida bt. Nayan
Pn. Norjaya bt. Sumaleh
Cik Sharifah Nurul Hafizah bt. Syed Omar

Tarikh: 17hb Julai 2017
Masa: 7.20 am hingga 8.00am
Tempat: Dataran Perhimpunan
Pengerusi majlis adik Muhammad Aniq



1. Nyanyian 4 buah rangkaian lagu


   a) Lagu Negaraku
   b) Lagu Negeri Selangor
   c) Lagu Sekolah
   d) Lagu Aku Negaraku

2. Bacaan doa oleh adik Adam Haris



3. Ikrar Rukunegara oleh En. Yusnizan



4. Ikrar murid oleh adik  Nurul Salwa



5. Ikrar keselamatan Jalan raya oleh adik Arsalina

6. Ucapan Guru Bertugas Minggu Lepas


    - disampaikan oleh Ustazah Norhanim
    - menegur murid tahap 2 yang tidak bergerak pantas ke tapak
      perhimpunan  apabila loceng dibunyikan selepas waktu
      rehat.
    - menegur sikap murid yang suka keluar beramai ramai
      sementara menunggu pertukaran guru masuk ke dalam
      kelas.
   -  semua murid perlu mematuhi peraturan sekolah.

7. Bacaan tema minggu ini oleh adik Muhammad Aniq.

8. Persembahan ahli pengakap




   - membuat demostrasi ikatan
   - menerangkan cara pemakaian ahli unit pengakap dengan
     betul

9.Ucapan Pn. Siti Habsah Bt. Ahmad Guru Besar SKPM


   - Memberi peringatan kepada murid Tahun 6 tentang
     percubaan pada minggu hadapan.
   - mengingatkan semua murid agar dapat menjaga kesihatan
     diri.
  -  Menegur sikap murid yang tidak lagi mengamalkan budaya
     salam dan mengucapkan terima kasih.
  -  Menegaskan budaya salam perlu diamalkan oleh semua
     murid.
   - memberi amaran kepada semua murid agar tidak membeli
      makanan di perhentian bas kerana dikhuatiri tercemar.

10. Penyampaian Kek Harijadi kepada murid yang lahir pada
       bulan Jun.



       - disampaikan oleh Puan Guru Besar

Perhimpunan ditangguhkan...

No comments: