Thursday, March 29, 2018

MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PERINGKAT DAERAH SEPANG 2017

Penggabungan elemen kualiti dan inovasi merupakan prasyarat kecemerlangan perkhidmatan awam dewasa ini, sejajar dengan seruan dan saranan kerajaan. Oleh yang demikian, PPD Sepang menyambut baik saranan YAB Perdana Menteri dan mendokong transformasi kerajaan pada tahun ini dengan mengadakan "Hari Aspresiasi Kecemerlangan PPD Sepang di bawah Program Transformasi Daerad (DTP) Tahun 2017. Pelbagai kategori pengiktirafan dan penghargaan yang diwujudkan sempena Hari Aspresiasi Kecemerlangan PPD Sepang merupakan petunjuk nyata bahawa pihak pengurusan sentiasa komited memberi galakan kepada warga sekolah PPD Sepang memberikan sumbangan terbaik, dalam ruang kepakaran dan kemahiran mereka ke arah kecemerlangan prestasi secara berterusan.
          Alhamdulillah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada seluruh warga sekolah dan guru SK Pulau Meranti yang telah diberi pengiktirafan dan penghargaan oleh PPD Sepang. Semoga dengan pengiktirafan dan penghargaan ini akan memberikan inspirasi kepada guru-guru yang lain agar lebih komited dan dedikasi dalam menjalankan amanah yang diberikan sebagai seorang pendidik. Insya-allah jika kita berusaha pasti akan membuahkan hasilnya. Antara anugerah yang diterima oleh SK Pulau Meranti ialah;

  • Anugerah Audit Kewangan Cemerlang Prasekolah 
  • Anugerah Guru Inovasi Pemulihan (Pn. Yusnur Aida Binti Yusof)
  • Anugerah Guru Cemerlang LINUS 2.0 LBM (Pn. Saliza Bt. Ahmad Salleh)
  • Anugerah Sekolah Cemerlang UPSR (Peratus Lonjakan MTM Tertinggi) Sekolah Kebangsaan

LENSA KAMERA















SYABAS DAN TAHNIAH.....
SKPM BOLEH.......

Wednesday, March 28, 2018

Kuiz "5 Minit" Anti Dadah

28 Mac 2018, Rabu - Pertandingan Kuiz 5 minit anti dadah sempena minggu anti dadah telah dilaksanakan. Pengawas PPDa menyampaikan sebuah cerita yang berunsur anti dadah. Setelah itu Penyelaras PPDa Cikgu Yusnizan menanyakan soalan kepada murid mengikut tahun. Pemenang diberikan hadiah oleh Pn. Guru Besar SKPM.


Pemenang tahun 1


Pemenang tahun 4


Pemenang tahun 5


Pemenang tahun 6

Tuesday, March 27, 2018

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-12 (SESI PAGI)

Tarikh   : 26 Mac 2018
Masa     : 7.30 hingga 8.00 pagi
Tempat  : Dataran Perhimpunan

Guru Bertugas Sesi Pagi:
  • En. Gopi a/l Rangaya
  • En. Mohd Syukur bin Abu Bakar
  • Pn. Suriatie bt Che Lah
  • Pn. Roshida bt Nayan
  • Pn. Noni bt Said


Aktiviti 
  • Pengerusi Majlis : En. Mohd Syukur bin ABu Bakar
  • Nyanyian : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor & Lagu Sekolah dikendalikan oleh: Nur Adriana Batrisya bt Nordin (5G) & Aiza Aryana bt Zolkarnain (5G)
  • Bacaan Doa : Muhammad Usyair (6G)
  • Ikrar Rukun Negara : En. Mohd Syukur bin Abu Bakar
  • Ikrar Murid : Muhammad Faris Ridzuan (6C)
  • Ikrar Keselamatan Jalan Raya : En. Mohd Syukur bin Abu Bakar


Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas:
  • Laporan disampaikan oleh Pn. Diana bt Mohd Yusoff
  • Murid diingatkan supaya menjaga keselamatan diri semasa menunggu bas/van di luar kawasan sekolah.
  • Murid perlu melihat kiri dan kanan sebelum melintas jalan.
  • Murid juga perlu minum air masak dengan kuantiti yang banyak di musim panas sekarang.


Ucapan Guru Bertugas:
  • Ucapan disampaikan oleh En. Mohd Syukur bin Abu Bakar
  • Tema pada minggu ini ialah "Banyak Membaca Luas Pengetahuan".
  • Murid-murid digalakkan membaca untuk menambah ilmu pengetahuan kerana ilmu adalah pelita hidup.
  • Manusia yang mempunyai banyak ilmu tidak mudah ditipu oleh orang lain.
  • Dengan membaca, kita akan menjadi manusia yang berguna.


Pengumuman:
  • Disampaikan oleh Pn. Suriatie bt Che Lah.
  • Memaklumkan pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas akan mula dijalankan pada bulan April hingga Oktober.
  • Hadiah berbentuk pelekat akan diberi setiap minggu bagi kelas yang mendapat markah minimum yang ditetapkan iaitu 80 markah.
  • Bagi kelas yang memenangi kelas terbersih dan ceria tiga kali berturut-turut akan menerima Sijil Penghargaan.
  • Penilaian akan dijalankan setiap minggu oleh guru-guru tertentu.


Pelancaran Minggu PPDa.
  • Program dipengerusikan oleh En. Muhammad Nasrul Afiq bin Mohamad Desa.
  • Beliau memaklumkan sepanjang minggu PPDa, akan dijalankan beberapa aktiviti seperti pertandingan mewarna bagi Tahap 1 dan melukis poster bagi Tahap 2.
  • Manakala setiap hari bermula jam 7.20 pagi hingga 7.30 pagi akan diadakan kuiz berdasarkan informasi yang ditampal di sekitar kawasan sekolah yang berkaitan dengan dadah.
  • Minggu PPDa telah dirasmikan oleh Guru Besar, Puan Siti Habsah bt Ahmad dengan melakukan gimik perasmian menjatuhkan pin bowling (rujuk gambar di bawah) sebagai tanda "TIDAK" kepada dadah.
  • Kemudian, program diteruskan dengan pelantikan pengawas PPDa seramai 10 orang dan diikuti dengan bacaan ikrar SKPM BENCI DADAH yang diketuai oleh Ketua Murid SK Pulau Meranti.
  • Program diakhiri dengan persembahan sajak oleh Fifi Wahida dan Nurin Qaisara dari kelas 6 Gemilang.






Disiplin Murid: Baik dan Terkawal


Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu "Aku Negaraku".




Monday, March 26, 2018

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-12 SESI PETANG

Tarikh: 26 Mac 2018
Masa  : 3.40-4.10 petang
Tempat : Dataran Ilmu

Guru Bertugas:
1) Pn. Nasibah Bt. Sairi
2) Pn. Saliza Bt. Ahmad Salleh
3) Pn. Norsaliza Bt. Abd Ghani

Pengacara Majlis: Pn. Nasibah Bt. Sairi

AGENDA:

1) Nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah - dipimpin Pn. Saliza.





2) Bacaan doa : dibaca adik Muhammad Ammar
3) Ikrar Rukun Negara & Keselamatan Jalan Raya : diketuai Pn. Nasibah
4) Ikrar Murid : diketuai adik Aisyah Raihanah


 

3) Ucapan guru bertugas minggu lepas : Pn. Y. Nuryati Bt. Abu Bakar

  • Mengucapkan tahniah kehadiran murid yang memberangsangkan sebelum cuti dan telah menjawab Ujian Formatif 1.
  • Mengingatkan disiplin murid
4) Ucapan guru bertugas mingguan : Pn. Nasibah Bt. Sairi
  • Mengingatkan semua murid menjaga kebersihan kelas masing-masing
  • Meningkatkan keceriaan kelas 
  • Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas peringkat sekolah akan bermula pada minggu hadapan
  • Memperkenalkan Guru Penolong Kanan Petang baru iaitu Pn. Nor Saadah.
5) Pn. Saadah menyampaikan ucapan memperkenalkan diri.

 

5) Pelancaran Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
  • En. Mohd Riza selaku pengacara menerangkan serba ringkas tentang program dan aktiviti
  • Ucapan perasmian dan gimik pelancaran oleh GPK Petang, Pn. Nor Saadah dengan membaling bola bowling 
  • Bacaan sajak tentang anti dadah oleh adik Qaireen Arissa.




  

6) Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu Aku Negaraku.
7) Murid beredar ke kelas masing-masing.

PELANCARAN MINGGU PPDa Peringkat Sekolah 2018

Pada 26 Mac 2018, Unit PPDa, Unit Bimbingan dan kaunseling, dan Kelab Pencegahan Jenayah serta Pusat Sumber Sekolah telah melancarkan Minggu PPDa 2018.

PENGENALAN
Pendidikan pencegahan dadah boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk dan mesej. Pedidikan pencegahan tentang bahaya dadah sepatutnya bermula pada peringkat usia yang awal iaitu di peringkat prasekolah lagi.

OBJEKTIF

  • memberikan pendedahan kepada pelajar tentang bahaya dadah.
  • menanam sikap benci kepada dadah dalam diri murid.
  • mewujudkan gaya hidup sihat tanpa dadah.
  • supaya murid faham bahawa dadah punca keruntuhan akhlak remaja.
  • memahami bahawa dadah adalah salah satu ancaman keselamatan pada hari ini dan akan datang.
TEMA
" HIDUP CERIA, TANPA DADAH"

Aktiviti Minggu Anti Dadah
  • Program "5 minit info Dadah"
  • Pertandingan melukis poster (tahap 2)
  • Kuiz Anti Dadah / jejak Maklumat
  • Pertandingan mewarna (Tahap 1)
  • Pameran anti Dadah / Ceramah




  
Pelancaran Minggu PPDa 2018
  

  


Pengawas PPDa diberikan sijil Watikah Pelantikan.
Ketua Pengawas Membacakan Ikrar PPDa



Murid menyampaikan sajak Anti Dadah