Thursday, March 29, 2018

MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PERINGKAT DAERAH SEPANG 2017

Penggabungan elemen kualiti dan inovasi merupakan prasyarat kecemerlangan perkhidmatan awam dewasa ini, sejajar dengan seruan dan saranan kerajaan. Oleh yang demikian, PPD Sepang menyambut baik saranan YAB Perdana Menteri dan mendokong transformasi kerajaan pada tahun ini dengan mengadakan "Hari Aspresiasi Kecemerlangan PPD Sepang di bawah Program Transformasi Daerad (DTP) Tahun 2017. Pelbagai kategori pengiktirafan dan penghargaan yang diwujudkan sempena Hari Aspresiasi Kecemerlangan PPD Sepang merupakan petunjuk nyata bahawa pihak pengurusan sentiasa komited memberi galakan kepada warga sekolah PPD Sepang memberikan sumbangan terbaik, dalam ruang kepakaran dan kemahiran mereka ke arah kecemerlangan prestasi secara berterusan.
          Alhamdulillah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada seluruh warga sekolah dan guru SK Pulau Meranti yang telah diberi pengiktirafan dan penghargaan oleh PPD Sepang. Semoga dengan pengiktirafan dan penghargaan ini akan memberikan inspirasi kepada guru-guru yang lain agar lebih komited dan dedikasi dalam menjalankan amanah yang diberikan sebagai seorang pendidik. Insya-allah jika kita berusaha pasti akan membuahkan hasilnya. Antara anugerah yang diterima oleh SK Pulau Meranti ialah;

  • Anugerah Audit Kewangan Cemerlang Prasekolah 
  • Anugerah Guru Inovasi Pemulihan (Pn. Yusnur Aida Binti Yusof)
  • Anugerah Guru Cemerlang LINUS 2.0 LBM (Pn. Saliza Bt. Ahmad Salleh)
  • Anugerah Sekolah Cemerlang UPSR (Peratus Lonjakan MTM Tertinggi) Sekolah Kebangsaan

LENSA KAMERA















SYABAS DAN TAHNIAH.....
SKPM BOLEH.......

No comments: