Tuesday, March 27, 2018

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-12 (SESI PAGI)

Tarikh   : 26 Mac 2018
Masa     : 7.30 hingga 8.00 pagi
Tempat  : Dataran Perhimpunan

Guru Bertugas Sesi Pagi:
  • En. Gopi a/l Rangaya
  • En. Mohd Syukur bin Abu Bakar
  • Pn. Suriatie bt Che Lah
  • Pn. Roshida bt Nayan
  • Pn. Noni bt Said


Aktiviti 
  • Pengerusi Majlis : En. Mohd Syukur bin ABu Bakar
  • Nyanyian : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor & Lagu Sekolah dikendalikan oleh: Nur Adriana Batrisya bt Nordin (5G) & Aiza Aryana bt Zolkarnain (5G)
  • Bacaan Doa : Muhammad Usyair (6G)
  • Ikrar Rukun Negara : En. Mohd Syukur bin Abu Bakar
  • Ikrar Murid : Muhammad Faris Ridzuan (6C)
  • Ikrar Keselamatan Jalan Raya : En. Mohd Syukur bin Abu Bakar


Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas:
  • Laporan disampaikan oleh Pn. Diana bt Mohd Yusoff
  • Murid diingatkan supaya menjaga keselamatan diri semasa menunggu bas/van di luar kawasan sekolah.
  • Murid perlu melihat kiri dan kanan sebelum melintas jalan.
  • Murid juga perlu minum air masak dengan kuantiti yang banyak di musim panas sekarang.


Ucapan Guru Bertugas:
  • Ucapan disampaikan oleh En. Mohd Syukur bin Abu Bakar
  • Tema pada minggu ini ialah "Banyak Membaca Luas Pengetahuan".
  • Murid-murid digalakkan membaca untuk menambah ilmu pengetahuan kerana ilmu adalah pelita hidup.
  • Manusia yang mempunyai banyak ilmu tidak mudah ditipu oleh orang lain.
  • Dengan membaca, kita akan menjadi manusia yang berguna.


Pengumuman:
  • Disampaikan oleh Pn. Suriatie bt Che Lah.
  • Memaklumkan pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas akan mula dijalankan pada bulan April hingga Oktober.
  • Hadiah berbentuk pelekat akan diberi setiap minggu bagi kelas yang mendapat markah minimum yang ditetapkan iaitu 80 markah.
  • Bagi kelas yang memenangi kelas terbersih dan ceria tiga kali berturut-turut akan menerima Sijil Penghargaan.
  • Penilaian akan dijalankan setiap minggu oleh guru-guru tertentu.


Pelancaran Minggu PPDa.
  • Program dipengerusikan oleh En. Muhammad Nasrul Afiq bin Mohamad Desa.
  • Beliau memaklumkan sepanjang minggu PPDa, akan dijalankan beberapa aktiviti seperti pertandingan mewarna bagi Tahap 1 dan melukis poster bagi Tahap 2.
  • Manakala setiap hari bermula jam 7.20 pagi hingga 7.30 pagi akan diadakan kuiz berdasarkan informasi yang ditampal di sekitar kawasan sekolah yang berkaitan dengan dadah.
  • Minggu PPDa telah dirasmikan oleh Guru Besar, Puan Siti Habsah bt Ahmad dengan melakukan gimik perasmian menjatuhkan pin bowling (rujuk gambar di bawah) sebagai tanda "TIDAK" kepada dadah.
  • Kemudian, program diteruskan dengan pelantikan pengawas PPDa seramai 10 orang dan diikuti dengan bacaan ikrar SKPM BENCI DADAH yang diketuai oleh Ketua Murid SK Pulau Meranti.
  • Program diakhiri dengan persembahan sajak oleh Fifi Wahida dan Nurin Qaisara dari kelas 6 Gemilang.






Disiplin Murid: Baik dan Terkawal


Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu "Aku Negaraku".




No comments: