Monday, September 24, 2018

Peperiksaan UPSR 2018

Hari ini bermulalah Peperiksaan UPSR 2018. Peperiksaan UPSR akan berlangsung selama 4 hari.  Murid-murid tahun 1, 2 & 3 direhatkan sepanjang Peperiksaan UPSR. Manakala murid tahun 4 & 5 datang ke sekolah mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Selama 4 hari ini, murid-murid tahun 6 akan berkumpul di kelas tahun 1Wawasan dan 1Cemerlang. Murid-murid diberikan sarapan pagi sambil mendengar tips-tips terakhir dari guru matapelajaran. Murid-murid juga diberikan pas masuk ke dewan atau bilik peperiksaan serta menyediakan peralatan peperiksaan sebelum berkumpul untuk masuk ke dewan.

Murid berkumpul di dataran perhimpunan mengikut nombor giliran. Doa dibaca oleh Ustaz Sufian dan kemudian guru tahun 6 memberi kata-kata semangat kepada murid-murid. Setelah murid masuk ke dalam dewan, semua guru dan ibu bapa yang hadir berkumpul di kantin untuk bacaan Yaasin serta mendoakan calon UPSR.

Murid-murid tahun 6 akan mengikuti kelas tambahan untuk persediaan peperiksaan sehingga jam 1.20 sehingga hari Rabu. 
















Sunday, September 23, 2018

MAJLIS RESTU ILMU 2018

21 September 2018 (Jumaat), telah diadakan Majlis Restu Ilmu untuk murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada minggu hadapan (24 September - 27 September 2018). Majlis ini bertujuan mendapat restu ilmu yang diajar oleh guru-guru mereka dari pra sekolah hinggalah mereka tahun 6.  Selain itu, majlis ini juga bertujuan menaikkan semangat mereka dalam menghadapi peperiksaan dengan sokongan daripada pihak sekolah.


Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin oleh semua warga SKPM dan ibu bapa. 


Kemudian majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Helmi bin Jumri.


Diikuti dengan ucapan Guru Besar, Puan Siti HAbsah bt Ahmad, sekaligus menyampaikan amanat terakhir kepada calon-calon UPSR.


YB Adhif Shan bin Abdullah, ADUN Dengkil turut menyampaikan ucapan dan berkongsi pengalaman beliau sebagai bekas murid SK Pulau Meranti, yang mana turut menaikkan semangat murid-murid untuk berjaya.


Sesi soal jawab bersama YB

YB Adhif Shan juga turut mengejutkan pihak sekolah dengan membawa seorang pakar motivasi. Encik Mohd Ashraf Mustakim dijemput untuk menyampaikan kata-kata semangat kepada semua calon UPSR.


YB Adhif Shan turut menyampaikan insentif kepada murid-murid yang mendapat keputusan cemerlang semasa Ujian Percubaan UPSR yang lalu dan sumbangan alat tulis kepada semua calon UPSR. Terima kasih diucapkan kepada YB.

YB menyampaikan insentif kepada murid cemerlang Ujian Percubaan UPSR
Sumbangan alat tulis oleh YB Adhif Shan

Majlis diteruskan dengan ucapan wakil murid, Aeryn Ilyn Safia dari kelas 6 Gemilang dan wakil guru prasekolah, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.

Ucapan Wakil Murid
Ucapan Restu Ilmu Wakil Guru Prasekolah, Tahun 1, Tahun 4, Tahun 5 & Tahun 6

Acara simbolik suapan pulut kuning kepada semua calon UPSR.


Selamat Menjamu Selera

Akhir sekali, semua calon UPSR bersalaman dengan semua guru bagi memohon maaf dan berharap agar ilmu direstu dan dihalalkan.



SEMOGA TANGISAN PADA HARI INI AKAN BERULANG PADA HARI PENGUMUMAN KEPUTUSAN SEBAGAI TANGISAN KEGEMBIRAAN...

SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN UPSR ANAK- ANAK SKPM
SELAMAT MAJU JAYA....




Thursday, September 20, 2018

MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2018

Pelancaran bulan Kebangsaan telah dilaksanakan pada 13 Ogos 2018. Sepanjang bulan Ogos dan September pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dijalankan seperti yang dirancang.

Bulan Ogos pada setiap tahun dikenang sebagai bulan kemerdekaan apabila negara Malaysia mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957. Sambutan bulan kemerdekaan seumpamanya secara tidah langsung dapat menerapkan nilai-nilai patriotik dalam kalangan bermula 13 Ogos 2018 hingga 17 September 2018.

Pada 20 September 2018 - Khamis, Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan 2018 telah dilaksanakan oleh Panitia Sejarah, Unit Bimbingan & Kaunseling, Panitia RBT dan Unit Pusat Sumber SKPM. Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan 2018 dijalankan dengan memberi hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna, melukis poster, pertandingan mereka cipta serta pertandingan Lagu Patriotik.




























 Puan Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan mewarna, melukis poster, pertandingan mereka cipta serta pertandingan Lagu Patriotik.

  


Senarai Nama Pemenang Pertandingan-pertandingan Bulan Kebangsaan 2018