21 September 2018 (Jumaat), telah diadakan Majlis Restu Ilmu untuk murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada minggu hadapan (24 September - 27 September 2018). Majlis ini bertujuan mendapat restu ilmu yang diajar oleh guru-guru mereka
dari pra sekolah hinggalah mereka tahun 6.
Selain itu, majlis ini juga bertujuan menaikkan semangat mereka dalam
menghadapi peperiksaan dengan sokongan daripada pihak sekolah.
Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin oleh semua warga SKPM dan ibu bapa.
Kemudian majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Helmi bin Jumri.
Diikuti dengan ucapan Guru Besar, Puan Siti HAbsah bt Ahmad, sekaligus menyampaikan amanat terakhir kepada calon-calon UPSR.
YB Adhif Shan bin Abdullah, ADUN Dengkil turut menyampaikan ucapan dan berkongsi pengalaman beliau sebagai bekas murid SK Pulau Meranti, yang mana turut menaikkan semangat murid-murid untuk berjaya.
Sesi soal jawab bersama YB |
YB Adhif Shan juga turut mengejutkan pihak sekolah dengan membawa seorang pakar motivasi. Encik Mohd Ashraf Mustakim dijemput untuk menyampaikan kata-kata semangat kepada semua calon UPSR.
YB Adhif Shan turut menyampaikan insentif kepada murid-murid yang mendapat keputusan cemerlang semasa Ujian Percubaan UPSR yang lalu dan sumbangan alat tulis kepada semua calon UPSR. Terima kasih diucapkan kepada YB.
YB menyampaikan insentif kepada murid cemerlang Ujian Percubaan UPSR |
Sumbangan alat tulis oleh YB Adhif Shan |
Majlis diteruskan dengan ucapan wakil murid, Aeryn Ilyn Safia dari kelas 6 Gemilang dan wakil guru prasekolah, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.
Ucapan Wakil Murid |
Ucapan Restu Ilmu Wakil Guru Prasekolah, Tahun 1, Tahun 4, Tahun 5 & Tahun 6 |
Acara simbolik suapan pulut kuning kepada semua calon UPSR.
Selamat Menjamu Selera |
Akhir sekali, semua calon UPSR bersalaman dengan semua guru bagi memohon maaf dan berharap agar ilmu direstu dan dihalalkan.
SEMOGA TANGISAN PADA HARI INI AKAN BERULANG PADA HARI PENGUMUMAN KEPUTUSAN SEBAGAI TANGISAN KEGEMBIRAAN...
SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN UPSR ANAK- ANAK SKPM
SELAMAT MAJU JAYA....
No comments:
Post a Comment