Thursday, September 6, 2018

PERTANDINGAN BOLA JARING KATMO DAN BAWAH 11 TAHUN DAERAH SEPANG 2018


PERTANDINGAN BOLA JARING KATMO DAN BAWAH 11 TAHUN
DAERAH SEPANG 2018

Pada 3 dan 4 September 2018, PPD Sepang telah mengadakan satu Pertandingan Bola Jaring KATMO dan bawah 11 tahun  bagi tahun 2018.
Terdapat sebanyak 9 penyertaan bagi KATMO manakala 14 penyertaan bagi bawah 11 tahun dengan dikepelai oleh SK Jenderam Hilir selaku tuan rumah.
Selain itu, kali ini merupakan julung kalinya pertandingan ini telah diadakan bertempat di SK Pulau Meranti.

Secara ringkasnya, berikut merupakan ringkasan informasi program ;

Ø  Informasi Ringkas Program :
Program                   : Pertandingan Bola Jaring KATMO dan Bawah 11 Tahun
Anjuran                   : PPD Sepang
Peringkat                 : MSSD
Selaku Tuan Rumah : SK Jenderam Hilir
Hari                        : Isnin dan Selasa
Tarikh                    : 3 September 2018 (KATMO)
                                4 September 2018 (bawah 11 tahun)
Masa                      : 7.45 pagi – 12.30 tengahari
Tempat                  : Padang Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti 
Penyertaan            : 9 buah sekolah (KATMO) ;
                               dan 14 buah sekolah (bawah 11 tahun)

Manakala, rentetan kronologi program adalah sebagaimana berikut :

Ø  Rentetan Kronologi Program :
7.45 a.m                : Pendaftaran pasukan
8.15 a.m                : Taklimat Pengurus dan Pengadil
8.30 a.m               : Perlawanan bermula
12.00 p.m             : Penyampaian Hadiah dan Sijil
12.30 p.m             : Bersurai


SEKILAS DARI LENSA KAMERA…


 
Persiapan tempat 




 
Ketibaan peserta





 
Persediaan meja pendaftaran dan urusetia  




 



Antara penyertaan KATMO adalah SK Kampung Baru Lanjut, SK Salak, SK Sungai Rawang, SK Jenderam Hilir, SK Taman Putra Perdana 2, SK Kota Warisan, SK Taman Sepang Putra, SK Cyberjaya dan SK Pulau Meranti. 




 
Jadual Perlawanan Bawah 11





Jadual Perlawanan KATMO





 
Suasana sepanjang perlawanan



                                               Suasana perlawanan



 
Pemenang, guru-guru, referee dan urus setia pertandingan





Hasil sepanjang perlawanan, Pertandingan Bola Jaring KATMO 2018 peringkat MSSD Sepang telah memihak kepada :-
1)    SK Pulau Meranti sebagai Johan,
2)   Naib Johan, SK Cyberjaya,
3)   Tempat ketiga, SK Salak,
4)   SK Jenderam Hilir.


Sementara bagi bawah 11 tahun, kemenangan telah berpihak kepada :-
1)    SK KLIA, sebagai Johan,
2)   SK Pulau Meranti selaku naib johan,
3)   SK Kota Warisan, dan ;
4)  SK Taman Putra Perdana 1


Hasil kedua-dua keputusan ini sekaligus menjadi catatan yang bersejarah kepada semua sekolah khususnya SK Pulau Meranti yang telah merangkul pingat emas dan perak bagi kedua-dua kategori.


Sekalung tahniah dan syabas diucapkan buat semua peserta, jurulatih, urusetia, pihak penganjur dan seluruh warga sekolah yang telah memberi peluang dan sumbangan sepanjang perlawanan berlangsung.

Secara konklusinya, majlis berjalan dengan lancar dan pihak persediaan tempat, memohon berbanyak kemaafan di atas segala kekurangan jika ada. Segala cadangan amatlah dialu-alukan bagi penambahbaikan pada tahun-tahun seterusnya. Pihak kami juga mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan perlawanan ini waima secara langsung mahupun tidak.

Semoga dengan penyertaan dan perlawanan yang telah dilaksanakan, dapat melunaskan sebahagian tanggungjawab guru dalam melahirkan murid yang seimbang secara menyeluruh selaras tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 

Tuntasnya, pertandingan seperti ini wajarlah diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang sebagai pelengkap deligasi pendidikan seimbang.

No comments: