Monday, July 15, 2019

PROGRAM “MENGGILAP MINDA MENCETUS IDEA” MATEMATIK UPSR 2019 - FASA 2

Tarikh: 13 Julai 2019 (Sabtu)
Tempat: Dewan SK Pulau Meranti

Pada 13 Julai 2019, Sabtu, Panitia Matematik dengan kerjasama Unit Gemilang UPSR 2019 telah melaksanakan Teknik Menjawab Soalan Matematik UPSR Mengilap Minda, Mencetus Idea Fasa 2 bagi matapelajaran Matematik. En. Samsuddin bin Sahadan telah di jemput untuk menyampaikan bengkel teknik menjawab soalan Matematik UPSR. Beliau merupakan guru dari SK Kuala Selangor. 

Objektif Program:
  • Memantapkan teknik dan kaedah menjawab soalan Matematik Kertas 1 dan Kertas 2.
  • Sebagai persediaan menghadapi Ujian Percubaan UPSR yang akan berlangsung dua minggu lagi.
  • Membina keyakinan diri untuk menghadapi UPSR yang sebenar.
  • Meningkatkan prestasi murid-murid Tahun 6
  • Meningkatkan prestasi dan gred Matematik UPSR


Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada guru-guru dan ibu bapa yang turut serta bagi menambahkan ilmu berkaitan mata pelajaran Matematik UPSR. Penceramah telah berkongsi tip penting dalam menjawab soalan Matematik dengan pantas. 

Perkongsian ilmu ini diharapkan dapat memberi impak positif kepada murid bagi meningkatkan lagi pencapaian Matematik sekaligus meningkatkan peratus lulus bagi mata pelajaran ini. Program ini berakhir sekitar jam 12.00 tengah hari.









No comments: