Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu yang dipimpin oleh Muhammad Fahmi dan diikuti dengan bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalanraya yang dibacakan oleh Pn. Maziana dan Ikrar Murid yang dibaca oleh Aqif Aisy dan Persetiaan Pengakap yang dibaca oleh Muhammad Fahmi. Seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan doa pagi dan Surah Al Qariah ayat 1-8 oleh Arief Luqman. Pengacara majlis iaitu Nadia Naziha mengumumkan nama guru bertugas pada minggu ini iaitu En. Nasrul Afiq, Pn. Norjaya, Pn. Maziana, Pn. Sugunah dan Pn. Nirawaty.
Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Ali-Imran ayat 1- 8 oleh Fayyadh Wijdan beserta tafsiran dan pengenalan surah yang diterangkan oleh Nadia Naziha. Seterusnya majlis diteruskan dengan laporan guru bertugas pada minggu sebelumnya oleh Ustazah wan Sarinah. Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian bintang kepada pemenang Kelas Terbersih untuk 2 minggu. Pemenangnya adalah kelas 6G, 6C, 6W, 5G, 4G, 4C dan 4W. Hadiah telah disampaikan oleh Datin Noraizah binti Dun.
Majlis diteruskan pula dengan penyampaian hadiah oleh Panitia Sains sempena Penutupan Bulan Sains. Antara aktiviti yang dijalankan sempena bulan Sains adalah Membuat Model Haiwan Imaginasi untuk Tahun 1, Tahun 4,Pesta Buah-Buahan dan Tahun 6, Peningkatan UPSR. Kesemua hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Pn. Siti Habsah, Guru Besar SK Pulau Meranti.
Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan oleh Penolong Kanan Pentadiran SK Pulau Meranti, En.Mohd Azmin bin Atan. Beliau mengingatkan tentang pentingnya hormat-menghormati didalam kehidupan kita. Sebagai contoh, ketika menyanyikan lagu rasmi Negaraku,kita seharusnya menghormati lagu tersebut dengan menyanyikan lagu tersebut dengan penuh semangat dan berdiri tegak.
Perhimpunan diakhiri dengan bacaan Surah Al - Asr pada jam 8.25 pagi.
Gambar sekitar perhimpunan (22/7/19)
Pemenang Kelas Terbersih
Guru-guru panitia Sains yang 'awesome'!!
Pemenang Tahun 1 aktiviti membuat Model Haiwan Imaginasi
Pemenang Tahun 4 -Aktitivi Pesta Buah-Buahan
1.Ucapan PK Pentadbiran
2. Laporan Guru Bertugas
3. Bacaan Ikrar
4. Pengakap kanak-Kanak in action!!!
Sekian, Laporan pada hari ini. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment