Tuesday, July 23, 2019

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-27 SESI PETANG

Tarikh      : 27 julai 2017
Hari         : Isnin
Masa       : 3.40 -4.10 petang
Tempat    : Dataran Ilmu


GURU BERTUGAS:

  • Pn. Norizawah Binti Abd. Aziz
  • Pn. Nasibah Binti Sairi
  • Pn. Yusnur Aida Binti Yusof
  • Pn. Nur Shahanim Binti Shahidi


AKTIVITI:

  • Pengerusi Majlis: Pn. Nasibah Binti Sairi
  • Bacaan Doa: Zulhaziq Hakimi Bin Zulfan
  • Ikrar Rukun Negara & Keselamatan Jalan Raya: Pn. Nasibah Binti Sairi
  • Ikrar Murid: Nur Qalesya Hannah Binti Norhelmi
  • Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.





LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS:
  • Disampaikan oleh Cik Sulochana.
  • Ada beberapa kes kecederaan murid pada minggu lepas dilaporkan.
  • Murid-murid perlulah menjaga diri sendiri terutamanya aspek keselamatan di dalam kawasan sekolah.
  • Murid-murid juga diingatkan agar tidak berlari dan bermain di laluan Bilik Muzik dan Prassekolah.


LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU INI:
  • Disampaikan oleh Pn. Nasibah Binti Sairi.
  • Tema pada minggu ini ialah "Hormat-Menghormati".
  • Definisi hormat-menghormati ialah memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara sopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.
  • Hormat-menghormati adalah salah satu nilai murni yang perlu ada dalam diri setiap semua orang.
  • Murid yang menghormati antara sama lain sesama murid, guru dan orang disekeliling akan diberi ganjaran sticker sebagai penghargaan.
  • Pn. Nasibah memperkenalkan barisan guru yang bertugas sepanjang minggu ini.
  • Jika ada sebarang masalah, boleh rujuk kepada guru yang bertugas.
  • Aktiviti Kokurikulum berjalan seperti biasa pada hari Rabu (24 Julai 2019).



PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA BULAN PANITIA MATEMATIK & SAINS
  • Disampaikan oleh Puan Hajah Nor aini Binti Mohd Bahari, Penolong Kanan Petang SK Pulau Meranti.










UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG:
  • Disampaikan oleh Puan Hajah Nor Aini Binti Mohd Bahari.
  • Beliau menyampaikan ucapan tentang tema pada minggu ini sempena pendidikan sivik iaitu "Homat-Menghormati".
  • Hormat kepada guru, kawan-kawan, ibu bapa dan orang sekeliling.
  • Beliau mengucapkan tahniah kepada murid yang menyertai pertandingan sempena bulan panitia Matematik dan Sains.
  • Murid-murid diingatkan agar menjaga kesihatan dan keselamatan diri memandangkan ramai murid yang kurang sihat pada minggu lepas.


***Perhimpunan ditangguhkan pada jam 4.10 petang.

No comments: