Pengagihan buku teks dan buku aktiviti Tahun 1 dan 3 2019 akan dijalankan pada:
Tarikh : 31 Disember 2018 (Isnin)
Masa : 9 pagi - 12 tengah hari
Sekian, terima kasih.
Thursday, December 27, 2018
Tuesday, November 27, 2018
PERKHEMAHAN DALAMAN SK PULAU MERANTI TAHUN 2018
Pada 19 November 2018, Isnin, Unit Kokurikulum SK Pulau Meranti telah menganjurkan Perkhemahan Dalaman Unit Beruniform di SK Pulau Meranti. Ahli -ahli unit beruniform iaitu Pengakap Kanak-Kanak (PKK), Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM), Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dari tahap dua telah melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam perkhemahan ini. Perkhemahan ini telah berlangsung sepanjang hari persekolahan bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 1.20 petang dan segala aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang program perkhemahan dalaman (Masakan Rimba).
Tarikh : 19 November 2018
Hari : Isnin
Tempat: SK Pulau Meranti
Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang program perkhemahan dalaman (Masakan Rimba).
Tarikh : 19 November 2018
Hari : Isnin
Tempat: SK Pulau Meranti
Taklimat
Menangkap ikan keli
Menyiang ikan keli
Memasak mengikut unit
Memasak mengikut unit
Makan bersama
Para pentadbir menilai masakan setiap unit
Ucapan penutup dari Datin Nora PK Kokurikulum
Penyampaian hadiah
Penyampaian Hadiah untuk :
- Sahsiah Terbaik Lelaki & Perempuan Tahun 4,5&6 setiap unit
- Pertandingan masakan rimba :
Johan : BSMM
Naib Johan : PKK
Ketiga : TKRS
Keempat : PPIM
- Pengurusan terbaik guru
Johan : PKK
Naib Johan : PPIM
Ketiga : TKRS
Keempat : BSMM
Friday, November 23, 2018
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2018
HARI: ISNIN
TARIKH :23 NOVEMBER 2018 bersamaan 15 RabiulAwal 1440H
MASA: 7.50 PAGI- 11.50 PAGI
TEMPAT :DATARAN SK PULAU MERANTI
TEMA MAULIDUR RASUL 2018 : 'MENYANTUNI UMMAT MEMBAWA RAHMAT'
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM..
PENGENALAN
Sambutan Maulidul Rasul S.A.W merupakan natijah daripada perasaan kecintaan terhadap Rasulallah S.A.W. Begitu juga perasaan taat, ingin mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda.Majlis Maulidul Rasul peringkat sekolah ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan di peringkat sekolah.Majlis ini akan memuatkan aktiviti yang agak sederhana tetapi melibtakan semua guru dan pelajar muslim bertepatan dengan temanya pada kali ini iaitu ""Menyantuni Ummat Membawa Rahmat". Perlaksanaan majlis ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W disamping menghayati sirah hidup baginda.Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada murid-murid supaya mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh Rasulallah S.A.W.
OBJEKTIF
- Menilai dan menghargai pengorbanan Rasul junjungan dalam menyebarkan Agama Islam.
-Murid dapat mengetahui dan menghayati sirah nabi Muahammad Rasulallah S.A.W.
- Murid dapat mengamalkan akhlak dan keperibadian Rasulallah S.A.W
-Murid dapat mencontohi sikap dan teladan yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad S.A.W
AKTIVITI
-Bacaan Yassin
-Tazkirah ringkas Maulidur Rasul oleh: Ustaz Tuan Haji Sofian Bin Abdullah
-Solawat Nabi Muhammad secara beramai- ramai
-Pertandingan Tulisan Cantik Tema Maulidur Rasul (TAHAP 1)
-Pertandingan Sepanduk Tercantik (TAHAP 2)
-Penyampaian hadiah
-Bersurai
















PENUTUP
SOLLU 'ALAN NABI YA HABIBULLAH..Rententan dari seluas kecintaan kita pada baginda kita manifestasikan madah kata ini moga kian mekar dihati umatnya yang dirindui..
"ILMU DAN AMAL ADALAH SEGALANYA BIAR KITA TUA AKIBAT ILMU MOGA-MOGA TEMPAT KITA MARTABAT KITA TINGGI DI SISI-NYA.INSYAALLAH."
Salam perjuangan.RASULALLAH DI HATI.
Al Mukhlisah
-NAJWA ANNURIY-
Wednesday, November 21, 2018
BANTUAN SUMBANGAN DARI BANK RAKYAT CAWANGAN CYBERJAYA
Pada 21 November 2018, Rabu- Pihak Bank Rakyat cawangan Cyberjaya telah menyumbangkan RM 5000.00 kepada 50 orang murid daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Sumbangan ini merupakan sumbangan zakat perniagaan yang dikeluarkan oleh Bank Rakyat Cawangan Cyberjaya.
![]() |
Pendaftaran ibubapa |
![]() |
Penolong Pengurus Bank Rakyat Cawangan Cyberjaya menyerahkan mock cek kepada Tuan Guru Besar SK Pulau meranti |
![]() |
Mock Cek |
![]() |
Penolong Pengurus Bank Rakyat Cawangan Cyberjaya telah menyerahkan sumbangan kepada murid yang terpilih |
![]() |
PROGRAM MELANGKAH KE ALAM MEKAR 2018
Pada 16 November 2018, Jumaat Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah menganjurkan Program Melangkah Ke Alam Mekar. Program ini khas untuk murid tahun 6 dan program ini juga salah satu program dari PASCA UPSR 2018.
Pengenalan :
Individu
yang berusia bawah 12 tahun masih diklasifikasikan sebagai ‘kanak-kanak’.
Bagaimanapun, kematangan kanak-kanak masa kini tidak boleh dipandang entang
ekoran banyaknya kes-kes jenayah termasuk masalah sosial yang melibatkan
individu yang masih di alam kanak-kanak ini. Justeru itu, Unit Bimbingan Dan
Kaunseling SK Pulau Meranti mengambil inisiatif untuk menangani isu ini pada
peringkat awal lagi. Program ini memberi pengetahuan kepada murid-murid dari
aspek kesihatan dan kerohanian dalam memahami peranan jantina yang dianugerahi tuhan dengan sebaik mungkin.
Rasioanal :
Pada
usia memasuki 12 tahun, kanak-kanak mula memasuki transisi ke alam remaja. Pada
peringkat ini, satu siri perubahan biologi dan psikologi akan berlaku termasuk
juga perubahan seksologi. Mereka perlu dibimbing cara dan bagaimana
menghadapinya juga melindunginya.
Objektif :
* Mendapat
info yang betul tentang perkembangan seks secara sihat.
* Tahu
cara untuk menjaga diri.
* Tahu
cara mengurus diri.
* Menghargai dan menghormati diri sendiri dan
rakan-rakan yang lain yang berlainan jantina
Subscribe to:
Posts (Atom)