Friday, November 23, 2018

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2018


HARI: ISNIN

TARIKH :23 NOVEMBER 2018 bersamaan 15 RabiulAwal 1440H

MASA: 7.50 PAGI- 11.50 PAGI

TEMPAT :DATARAN SK PULAU MERANTI

TEMA MAULIDUR RASUL 2018 : 'MENYANTUNI UMMAT MEMBAWA RAHMAT'


BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM..

PENGENALAN

Sambutan Maulidul Rasul S.A.W merupakan natijah daripada perasaan kecintaan terhadap Rasulallah S.A.W. Begitu juga perasaan taat, ingin mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda.Majlis Maulidul Rasul peringkat sekolah ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan di peringkat sekolah.Majlis ini akan memuatkan aktiviti yang agak sederhana tetapi melibtakan semua guru dan pelajar muslim bertepatan dengan temanya pada kali ini iaitu ""Menyantuni Ummat Membawa Rahmat". Perlaksanaan majlis ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W disamping menghayati sirah hidup baginda.Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada murid-murid supaya mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh Rasulallah S.A.W.


OBJEKTIF

- Menilai dan menghargai pengorbanan Rasul junjungan dalam menyebarkan Agama Islam.

-Murid dapat mengetahui dan menghayati sirah nabi Muahammad Rasulallah S.A.W.

- Murid dapat mengamalkan akhlak dan keperibadian Rasulallah S.A.W

-Murid dapat mencontohi sikap dan teladan yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad S.A.W


AKTIVITI

-Bacaan Yassin

-Tazkirah ringkas Maulidur Rasul oleh: Ustaz Tuan Haji Sofian Bin Abdullah

-Solawat Nabi Muhammad secara beramai- ramai

-Pertandingan Tulisan Cantik Tema Maulidur Rasul (TAHAP 1)

-Pertandingan Sepanduk Tercantik (TAHAP 2)

-Penyampaian hadiah

-Bersurai





PENUTUP

SOLLU 'ALAN NABI YA HABIBULLAH..Rententan dari seluas kecintaan kita pada baginda kita manifestasikan madah kata ini moga kian mekar dihati umatnya yang dirindui..

"ILMU DAN AMAL ADALAH SEGALANYA BIAR KITA TUA AKIBAT ILMU MOGA-MOGA TEMPAT KITA MARTABAT KITA TINGGI DI SISI-NYA.INSYAALLAH."

Salam perjuangan.RASULALLAH DI HATI.


Al Mukhlisah

-NAJWA ANNURIY-

No comments: