Tarikh : 12 November 2018
Masa : 7.30 hingga 8.00 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan
Guru Bertugas Sesi Pagi:
- En. Gopi a/l Rangaya
- En. Mohd Syukur bin Abu Bakar
- Pn. Suriatie bt Che Lah
- Pn. Roshida bt Nayan
- Pn. Noni bt Said
Aktiviti
- Pengerusi Majlis : En. Gopi a/l Rangaya
- Nyanyian : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor & Lagu Sekolah dikendalikan oleh: Aiza Ayrana (5G) & Nur Adriana Batrisyia (5G)
- Bacaan Doa : Abdul Razziq bin Abdul Razzak (5G)
- Ikrar Rukun Negara : En. Gopi a/l Rangaya
- Ikrar Murid : Ahmad Shauqi bin Asrol (5G)
- Ikrar Keselamatan Jalan Raya : En. Gopi a/l Rangaya
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas:
- Laporan disampaikan oleh En. Muhammad Nasrul Afiq bin Muhammad Desa
- Kehadiran murid kurang memuaskan selepas Peperiksaan Akhir Tahun. Semua murid masih diwajibkan hadir ke sekolah kerana kehadiran masih dikira sehingga hujung tahun.
Ucapan Guru Bertugas:
- Ucapan disampaikan oleh En. Gopi a/l Rangaya.
- Tema pada minggu ini ialah "Sayangi Harta Benda Sekolah".
- Murid perlu menganggap harta benda sekolah seperti harta benda sendiri dan perlu dijaga dengan baik.
- Walaupun benda tersebut tidak bernyawa tetapi tetap perlu dijaga kerana ia membantu secara tidak langsung dalam menuntut ilmu. Contohnya, kerusi digunakan untuk murid duduk semasa belajar dan meja digunakan untuk menulis semasa belajar.
- Sikap tanggungjawab adalah sangat penting dalam memastikan semua harta benda sekolah dijaga dengan baik.
Penyampaian Hadiah Prasekolah
- Dikendalikan oleh Pn. Salinda bt Kadri.
- Pada minggu lepas (Jumaat) telah berlangsung Pertandingan Bercerita Prasekolah dalam usaha pencarian Tokoh Nilam Prasekolah. Seramai 6 orang murid telah terlibat.
- Hadiah telah disampaikan oleh En. Mohd Azmin bin Atan, GPK Kurikulum.
Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (Datin Noraizah bt Dun)
- Beliau mengingatkan semula berkaitan menjaga dan sayangi harta benda sekolah.
- Murid yang belum menerima buku teks sesi 2019, boleh rujuk dengan guru kelas masing-masing.
- Buku teks yang hilang perlu diganti.
- Buku teks perlu dibalut dan dijaga dengan baik kerana buku yang sama akan digunakan oleh murid lain pada tahun berikutnya.
- Pada hari ini dan esok akan diadakan raptai Hari Anugerah Cemerlang (HAC). Jadi, murid yang tidak terlibat perlu berada di dalam kelas dan tidak dibenarkan berkeliaran di luar kelas dan kawasan sekolah.
- Jika ke tandas, jangan keluar beramai-ramai dan terlalu lama berada di tandas.
- Pada hari Rabu, semua murid yang terlibat dengan HAC akan ke Dewan Auditorium LKIM dan murid yang tidak terlibat direhatkan.
- Pada hari Khamis pula, akan diadakan Hari Keusahawanan dan Pameran Haiwan Eksotik.
Pengumuman (En. Mohd Syukur)
- Borang perlu dilengkapkan dan diserahkan kepada Guru Kelas beserta bayaran RM5.
- Murid yang telah membuat bayaran akan diberi kupon pada hari Khamis sebelum masuk ke bilik pameran.
- Ibubapa / adik-beradik juga dibenarkan hadir pada hari tersebut.
Disiplin Murid: Baik dan Terkawal
No comments:
Post a Comment