Wednesday, November 21, 2018

PROGRAM MELANGKAH KE ALAM MEKAR 2018

Pada 16 November 2018, Jumaat Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah menganjurkan Program Melangkah Ke Alam Mekar. Program ini khas untuk murid tahun 6 dan program ini juga salah satu program dari PASCA UPSR 2018.

 Pengenalan :
Individu yang berusia bawah 12 tahun masih diklasifikasikan sebagai ‘kanak-kanak’. Bagaimanapun, kematangan kanak-kanak masa kini tidak boleh dipandang entang ekoran banyaknya kes-kes jenayah termasuk masalah sosial yang melibatkan individu yang masih di alam kanak-kanak ini. Justeru itu, Unit Bimbingan Dan Kaunseling SK Pulau Meranti mengambil inisiatif untuk menangani isu ini pada peringkat awal lagi. Program ini memberi pengetahuan kepada murid-murid dari aspek kesihatan dan kerohanian dalam memahami peranan jantina  yang dianugerahi tuhan dengan sebaik mungkin.

Rasioanal :
Pada usia memasuki 12 tahun, kanak-kanak mula memasuki transisi ke alam remaja. Pada peringkat ini, satu siri perubahan biologi dan psikologi akan berlaku termasuk juga perubahan seksologi. Mereka perlu dibimbing cara dan bagaimana menghadapinya juga melindunginya.

Objektif :
Mendapat info yang betul tentang perkembangan seks secara sihat.
* Tahu cara untuk menjaga diri.
* Tahu cara mengurus diri.
* Menghargai dan menghormati diri sendiri dan rakan-rakan yang lain yang berlainan jantina




No comments: