Sunday, November 4, 2018

Program Orientasi Murid Tahun 1


PROGRAM ORIENTASI MURID TAHUN 1 SESI 2019

Program Hari Orientasi Tahun 1 yang telah diadakan pada 3 November 2018 berjalan dengan lancar dan jayanya.

Hari orientasi dilaksanakan untuk murid tahun 1 dengan tujuan mewujudkan rasa mahu ke sekolah, memperkenalkan warga sekolah serta untuk mengeratkan perhubungan sesama murid dan warga sekolah. Penerangan yang jelas juga diberikan kepada ibubapa berkaitan peraturan sekolah, KSSR, Linus dan lain-lain lagi.

Matlamat Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada bakal murid-murid tahun 1 kepada alam persekolahan yang sebenar. Serta memberi penerangan kepada ibubapa mengenai hal ehwal sekolah. 

Hari Orientasi merupakan hari yang penuh bermakna dan bererti sekali terutamanya bagi murid-murid tadika atau prasekolah untuk melangkah ke alam persekolahan sebenar di Tahun 1. Dengan adanya program ini, sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid yang datang dari pelbagai latar belakang menyesuaikan diri dan sentiasa lebih bersedia untuk meneruskan pembelajaran di sekolah rendah.

Laporan disediakan oleh:
Encik Muhammad Nasrul Afiq



Lensa kamera



























No comments: