14 November 2018 (Rabu) - Majlis Konvokesyen Ke 7 dan Hari Anugerah Cemerlang, Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti telah diadakan di Dewan Auditorium LKIM, Pulau Meranti dengan gemilangnya. Majlis bermula tepat pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang. Aktiviti tahunan sekolah ini bertujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid yang cemerlang dalam bidang akademik. Hal ini secara tidak langsung dapat membakar semangat murid berkenaan agar terus gigih berusaha. Dalam pada masa yang sama, diharap agar murid yang lain dapat menjadikan murid cemerlang ini sebagai model.
Sebelum majlis berlangsung, beberapa persiapan telah dijalankan. Persiapan tersebut dilakukan oleh jawatankuasa penganjuran majlis yang terdiri daripada guru-guru Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti. Pengurusan hadiah dan latihan persembahan murid dilakukan beberapa hari sebelum majlis ini, sementara kerja-kerja sampingan seperti hiasan pentas dan photobooth dilakukan sehari sebelum majlis berlangsung. Di samping itu, raptai majlis diadakan sebanyak dua kali bagi memastikan majlis ini berjalan dengan lancar.
Majlis ini dimulakan dengan perarakan masuk 100 orang para graduan Prasekolah dan 90 orang murid Tahun 6 berserta dengan perarakan masuk tetamu VIP dan perasmi. Seterusnya, diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa oleh Tuan Haji Sofian Bin Abdullah. Selesai bacaan doa, ucapan alu-aluan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti, Puan Siti Habsah Binti Ahmad serta ucapan alu-aluan NYDP PIBG Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti iaitu Encik Helmi Bin Isa. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh Encik Ashraf Mustaqim Bin Badrul Munir, Pegawai Pendidikan Kepada Ahli Dewan Negeri Bahagian Dengkil mewakili Y.B Tuan Adhif Syan Bin Abdullah yang tidak dapat hadir pada majlis ini.
Selesai ucapan perasmian serta gimik perasmian, tetamu di dalam dewan diserikan dengan persembahan tarian daripada kumpulan Galang Maya yang sangat aktif di bidang Kokurikulum sekolah. Tetamu juga disajikan dengan tayangan video prasekolah, Tahun 6 dan aktiviti-aktiviti sekolah sepanjang tahun 2018 ketika majlis ini berlangsung.
Seterusnya, acara penyampaian hadiah diadakan. Antaranya ialah,
Penyampaian Anugerah Tokoh-Tokoh Prasekolah
- Anugerah Kaizen (Harith Rizqi Bin Ishak, Adam Muaz Bin Mohd Syafiq, Muhammad Isam Syahmi Bin Muhammad Sayuti Elham, Mia Zara Insyirah Binti Mohd Riduwan)
- Tokoh Kesatria (Nur Huda Zhafirah Binti Ruzula)
- Tokoh Nurani (Izz Zara Tihani Binti Abd Rahman)
- Tokoh Bestari (Nuriz Damia Amani Binti Izran Maswan)
- Tokoh NILAM (Nuriz Damia Amani Binti Izran Maswan)
Penyampaian Anugerah Sijil dan Penghargaan
- Sijil Pengawas Sekolah & Pengawas PSS
- Anugerajh Kehadiran Penuh
- Anugerah Pemulihan Khas
- Anugerah NILAM
Penyampaian Hadiah Tokoh-Tokoh Sinar
- Tokoh Kepimpinan (Natasya Chairani Yundari Binti Chairul Akbar)
- Tokoh Sinar Bestari (Muhammad Attab Bin Mohd Sobri)
- Tokoh Sinar Nurani (Aeryn Ilyn Safia Binti Nor Hisham)
- Tokoh Sinar Kesatria (Minhaj Qusyairi Bin Ismail)
- Tokoh Bitara (Minhaj Qusyairi Bin Ismail)
Secara keseluruhannya,majlis ini berjalan dengan lancar. Ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang terlibat secara langsung dalam majlis ini serta penghargaan kepada Puan Salinda Binti Kadri selaku Ketua Floor Manager pada majlis kali ini kerana dapat memimpin majlis dengan jaya dan gemilang. Diharapkan majlis seperti ini akan menjadi pendorong kepada murid-murid agar lebih cemerlang pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment