Tuesday, December 31, 2024

Program Ziarah Cakna - Disember 2024

Tarikh: 31 Disember 2024

Hari: Selasa

Masa: 9.00 pagi - 10.00 pagi

Pada hari ini, pihak sekolah melaksanakan aktiviti Ziarah Cakna ke rumah salah seorang murid Tahun 6 iaitu Amaleen Suffiya binti Sharif, kelas 6 Saga. Murid ini baharu sahaja kematian bapa tercinta pada 27 Disember 2024 (4 hari yang lalu).  Ibu murid ini pula juga telah meninggal dunia pada 19 Ogos 2024 (4 bulan yang lepas). 

Warga Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti mengucapkan salam takziah kepada Amaleen sekeluarga. Semoga kuat dan tabah menghadapi ujian berat ini. Sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNya kita kembali. 

Turut hadir aktiviti Ziarah Cakna kali ini ialah Encik Azwan Hazle bin Aminuddin (YDP PIBG), Encik Muhamad Samsolri bin Ismail (PK Hal Ehwal Murid), Puan Suriatie binti Che Lah (Guru Kelas 6 Saga), Puan Juli binti Mahbah (Guru Bimbingan dan Kaunseling) dan Puan Norhazlini binti Manan (isteri YDP PIBG)

Kami mendoakan agar roh kedua-dua ibubapa Amaleen dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Semoga segala urusan buat Amaleen sekeluarga dipermudahkan. 




Monday, December 30, 2024

Program Guru Penyayang Menyantuni Murid 'Cemerlang Kehadiran' Siri 9/2024

Program Guru Penyayang Menyantuni Murid 'Cemerlang Kehadiran' Siri 9/2024 telah dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Pemantauan oleh jawatankuasa Guru Penyayang kepada murid-murid yang hadir awal ke sekolah bagi Siri 9/2024 bermula 2 Disember hingga 13 Disember. Majlis Penyempaian Sijil Penghargaan dan Hadiah kepada 40 orang murid yang hadir awal (20 orang murid sesi pagi dan 20 orang murid sesi petang) telah dilaksanakan pada 30 Disember 2024. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang komited hadir awal ke sekolah. 

Berikut merupakan memori yang sempat dirakam sepanjang majlis berlangsung:

Sesi Pagi




Sesi Petang:






Friday, December 20, 2024

Program Guru Penyayang Menyantuni Murid 'Cemerlang Kehadiran' Siri 8/2024

Program Guru Penyayang Menyantuni Murid 'Cemerlang Kehadiran' bagi kategori Kehadiran Terbaik dan Kehadiran Terawal Siri 8/2024 telah dilaksanakan dengan jayanya. Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderamata Sesi Pagi telah dilaksanakan pada 9 Disember 2024, manakala Sesi Petang pada 20 Disember 2024. 

Kehadiran Terbaik bagi Bulan November:-

Sesi Pagi: 5 Delima (93.03%)

Sesi Petang: 1 Cengal (91.93%)

Kehadiran Terawal Ke Sekolah Siri 8/2024:

Sesi Pagi: 20 orang murid

Sesi Petang: 20 orang murid

Tahniah kepada semua murid kelas 5 Delima, kelas 1 Cengal serta 40 orang murid yang dinobatkan sebagai 'Cemerlang kehadiran' kali ini. Semoga terus cemerlang.

Kehadiran Terbaik Kelas Tahap 2 : 5 Delima

Kehadiran Terbaik Kelas Tahap 1: 1 Cengal

Kehadiran Terawal Ke Sekolah Siri 8/2024 (Sesi Pagi)

Kehadiran Terawal Ke Sekolah Siri 8/2024 (Sesi Petang)

Kehadiran Terawal Ke Sekolah Siri 8/2024 (Sesi Petang)

Kehadiran Terawal Ke Sekolah Siri 8/2024 (Sesi Petang)

Kehadiran Terawal Ke Sekolah Siri 8/2024 (Sesi Petang)


Thursday, December 19, 2024

PROGRAM SAHSIAH TERBILANG ‘HENTIKAN BULI, GANGGUAN SEKSUAL DAN KESELAMATAN DI JALAN RAYA’ MEMBENTUK ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK SESI PETANG TAHUN 2024


Pada 18 Disember 2024, rabu- PROGRAM SAHSIAH TERBILANG  ‘HENTIKAN BULI, GANGGUAN SEKSUAL DAN  KESELAMATAN DI JALAN RAYA’  MEMBENTUK ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK  SESI PETANG TAHUN 2024 telah dilaksanakan.

Pengurusan Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Unit Disiplin adalah aspek utama membantu pengurusan sekolah. Ia bermakna pencapaian prestasi berkualiti pengurusan kedua-dua unit ini boleh membantu untuk menghasilkan sekolah berkesan serta mencapai visi dan misi sekolah ke arah kegemilangan dan kemenjadian sahsiah murid. Bagi mencapai sekolah sejahtera dengan murid merasa selamat dan sihat dari aspek seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sebagaimana yang tercerna dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan memerlukan perancangan. Salah satu daripadanya ialah elemen selamat dari dibuli, gangguan seksual dan sejahtera emosi dari membuli orang lain. Murid-murid juga perlu mematuhi peraturan di jalan raya dan selamat pergi dan balik dari sekolah.

01OBJEKTIF

  •  Murid-murid sedar tentang kesan dan impak negatif perbuatan buli  dan gangguan seksual terhadap diri mereka.
  • Murid-murid dapat panduan dan bimbingan ke arah kehidupan bebas daripada gejala buli dan gangguan seksual.
  • Murid-murid sedar akan kepentingan mematuhi peraturan di jalan raya.
Penceramah jemputan yang di jemput adalah SM Roslan Bin Rosin dan KPL Muhammad Redzuan Bin Damai Hury















Wednesday, December 18, 2024

HARI ORIENTASI TAHUN 1 SESI 2024/2025

TARIKH & HARI: 14 DISEMBER 2024 (SABTU)

MASA: 7:30 – 11:00 PAGI

TEMPAT: SK PULAU MERANTI

Pengenalan

Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada murid tentang alam persekolahan sebenar dan mengenali persekitaran sekolah. Selain itu, program ini juga satu usaha untuk menjalinkan hubungan baik antara pihak sekolah dengan ibu bapa di samping memberi penerangan tentang maklumat berkaitan dengan persekolahan.

Objektif

1. Memberi suntikan kepada murid-murid yang akan menempuh alam persekolahan.

2. Menjelaskan kepada ibu bapa hal-hal berkaitan dengan persekolahan anak-anak.

Tentatif


Pendaftaran





Perhimpunan Murid Tahun 1





Pengacara Majlis & PA Sistem/Siaraya





Bacaan Doa 
Oleh En. Mohamad Helmi bin Jumri



Murid menjawab Intrumen Diagnostik






Ucapan Aluan Guru Besar



Taklimat Pentaksiran/PBD
Oleh PK Pentadbiran



Taklimat Program Transisi
Oleh PK Petang



Ibubapa/penjaga mengambil buku latihan sesi 2025 di kelas 1 Nyatoh






Sekian untuk Hari Orientasi Tahun 1 Sesi 2025. 😎😎😎