Alhamdulillah selesai Majlis Sambutan Hari Lahir Murid dan Jamuan Akhir Tahun 2024. Program ini di bawah anjuran Jawatankuasa Guru Penyayang. Sambutan Hari Lahir Murid kali ini khusus kepada murid-murid yang lahir dari bulan Julai hingga bulan Disember. Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah atas penyediaan hadiah untuk murid yang diraikan. Pelbagai juadah yang dibawa oleh ibu bapa, murid-murid dan guru-guru, menambahkan lagi kemeriahan suasana Sambutan Hari Lahir dan Jamuan Akhir Tahun. Tahniah dan terima kasih atas kerjasama semua.
Lensa kamera Sambutan Hari Lahir Murid dan Jamuan Akhir Tahun:
No comments:
Post a Comment