Pada 18 Disember 2024, rabu- PROGRAM SAHSIAH TERBILANG ‘HENTIKAN BULI, GANGGUAN SEKSUAL DAN KESELAMATAN DI JALAN RAYA’ MEMBENTUK ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK SESI PETANG TAHUN 2024 telah dilaksanakan.
Pengurusan Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Unit Disiplin adalah aspek utama membantu pengurusan sekolah. Ia bermakna pencapaian prestasi berkualiti pengurusan kedua-dua unit ini boleh membantu untuk menghasilkan sekolah berkesan serta mencapai visi dan misi sekolah ke arah kegemilangan dan kemenjadian sahsiah murid. Bagi mencapai sekolah sejahtera dengan murid merasa selamat dan sihat dari aspek seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sebagaimana yang tercerna dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan memerlukan perancangan. Salah satu daripadanya ialah elemen selamat dari dibuli, gangguan seksual dan sejahtera emosi dari membuli orang lain. Murid-murid juga perlu mematuhi peraturan di jalan raya dan selamat pergi dan balik dari sekolah.
01OBJEKTIF
- Murid-murid sedar tentang kesan dan impak negatif perbuatan buli dan gangguan seksual terhadap diri mereka.
- Murid-murid dapat panduan dan bimbingan ke arah kehidupan bebas daripada gejala buli dan gangguan seksual.
- Murid-murid sedar akan kepentingan mematuhi peraturan di jalan raya.
No comments:
Post a Comment