Thursday, October 16, 2014

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK PULAU MERANTI KALI KE-48 DISAMBUT MERIAH

Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti kali ke-48 yang berlangsung pada 12 Oktober 2014 yang lepas cukup meriah dengan kehadiran ibu bapa dan masyarakat setempat.Sukan pada kali meperlihatkan semangat gotong-royong yang tinggi dalam kalangan ahli-ahli PIBG dan penduduk setempat yang sanggup hadir ke sekolah demi memastikan perjalanan sukan berjalan dengan lancar. Pihak sekolah juga menerima banyak sumbangan daripada individu-individu yang bermurah hati untuk melihat temasya pada kali disambut dengan meriah.

Perasmian temasya kali ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Datuk Azizul Rahim bin Hj. Saedin, Ketua Pegawai Eksekutif Mayang Sutera Holidays Sdn. Bhd. Beliau juga bermurah hati memberi sumbangan khusus untuk kejohanan sukan pada kali ini. Selain itu, acara cabutan bertuah dan gerai-gerai jualan turut diadakan. Pelbagai hadiah menarik disediakan kepada pemenang yang bertuah. Sambutan daripada tetamu yang hadir amat menggalakkan sekali. Mereka teruja melihat hadiah yang bakal diterima.Kejohanan pada kali juga turut dihadiri oleh Yang DiPertua PIBG, Datuk Hj. Mohamad Mahzan bin Hj. Tamyiz dan Pengerusi JKKK Kampung Pulau Meranti serta beberapa dif jemputan lain menggamatkan suasana dan menyuntik semangat para peserta yang bertanding.

Acara lintas hormat oleh pembawa bendera kejohanan  membuka tirai kejohanan sukan sekolah dan disusuli dengan perarakan empat rumah sukan iaitu Hijau, Biru, Merah dan Kuning.Sejurus tamatnya perarakan rumah-rumah sukan, acara sukaneka, acara lari 60 meter, 80 meter dan 100 meter diadakan.  Pelbagai aksi dan gelagat dapat disaksikan semasa acara tersebut berlangsung. Kejohanan pada kali ini turut dimeriahkan dengan acara ibu bapa dan guru. Antara acara yang dipertandingkan ialah mencari barang misteri, pijak belon, belon beracun dan acara kemuncaknya ialah tarik tali terbuka. Kesungguhan serta semangat yang ditunjukkan jelas menunjukkan hubungan pihak sekolah dan masyarakat setempat begitu akrab dan ini yang kita mahukan.Pada kejohanan ini juga, dua orang peserta dipilih oleh barisan panel juri untuk memenangi anugerah Olahragawan dan Olahragawati. Bagi kategori olahragawan dimenangi oleh Alif Rahimi bin Kamaruzzaman dan olahragawati dimenangi oleh Nor Aina Arissa.

Kejohanan sukan kali ke-48  ini memperlihatkan penguasaan dari awal oleh Rumah Kuning dan penguasaan tersebut diteruskan pada hari pertandingan dan akhirnya Rumah Kuning dinobatkan sebagai juara keseluruhan temasya sukan sekolah pada tahun ini. Manakala tempat kedua Rumah Biru, ketiga Rumah Merah dan keempat  Rumah Hijau.






Ucapan Pn. Siti Habsah bt. Ahmad, Guru Besar  

Ucapan Datuk Hj. Mohamad Mahzan, YDP PIBG


Ucapan perasmian Datuk Azizul Rahim Hj. Saedin

Bacaan Doa Ustaz Mohamad Helmi















































Disediakan oleh
NORDIN 





No comments: