Friday, April 17, 2015

Latihan Sukaneka Tahap 1

Bismillaahirrahmaanirrahiim.

Khamis (16 April 2015) telah berlangsungnya latihan sukaneka bagi Tahap 1. Semua murid Tahun 1,2 dan 3 dibawa ke padang SKPM untuk menjalani latihan sukaneka. Latihan pada hari ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Murid-murid dikumpulkan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama untuk acara " tarik   bola dengan gelung rotan" untuk Tahun 1. Bahagian kedua untuk Tahun 2 iaitu acara "lerek bola dengan tangan." Manakala untuk Tahun 3 acara " lerek bola dengan kayu hoki"   Murid diberi taklimat seketika oleh En Nordin b Mat Hussin selaku pengurus kejohanan. Semua murid  telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi bagi acara yang telah dijalankan. Manakala para guru yang terlibat telah menunjukkan komitmen dan kerjasama yang baik dalam melaksanakan latihan sukaneka pada hari ini. Jasa kalian amatlah dihargai. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya...Sekian.


Acara Tahun 1 : Tarik bola dengan gelung
Acara Tahun 1 : Tarik bola dengan gelung

Acara Tahun 2 : Lerek bola dengan tangan

Acara Tahun 2 : Lerek bola dengan tangan

Acara Tahun 3 : Lerek bola dengan kayu hoki

Acara Tahun 3 : Lerek bola dengan kayu hoki




Dilaporkan oleh : 
Pn Mahfuzah Bt Ahmad Zakuan


No comments: