Tarikh : 3 April 2015
Hari ini merupakan hari yang bertuah bagi murid-murid SKPM kerana
menerima kunjungan lori MILO. Selepas waktu rehat, murid-murid beratur mengikut
kelas masing-masing untuk mendapatkan minuman milo percuma. Semua murid
menunjukkan reaksi yang gembira dan ceria apabila dapat minum secawan milo yang
sejuk dan menyegarkan. Murid membuang cawan kertas yang telah digunakan ke dalam
tong yang disediakan dan kemudian bergerak ke kelas masing-masing. Pihak sekolah
mengucapkan terima kasih kepada pihak MILO kerana telah memberikan keceriaan
kepada sekolah kami. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa hadapan.
![]() |
Murid beratur menunggu giliran |
![]() |
Murid mendapat milo percuma |
![]() |
Milo yang disediakan |
![]() |
Minum milo jadi sihat dan kuat |
![]() |
Murid gembira dapat minum milo |
Laporan Oleh:
Kumpulan Guru Bertugas
Minggu ke-11
No comments:
Post a Comment