Ahad (26 April 2015) telah berlangsungnya Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-49. Seawal jam 7.00 pagi warga SK Pulau Meranti mula membanjiri kawasan sekolah. Begitu juga dengan ibubapa dan penduduk setempat. Semua guru, staf dan murid sibuk dengan tugasan masing-masing. Apapun, tugasan mesti diselesaikan sebelum bermulanya majlis.
Mendahului acara pada hari ini ialah sukaneka daripada murid-murid prasekolah iaitu pada jam 8.15 pagi. Tepat jam 9.00 pagi, ketibaan tetamu kehormat yang dinantikan iaitu
YB Tuan Shahrum Bin Dato’ Hj Mohd Sharif (Ahli Dewan Undangan Dengkil). Acara kemudian diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti dengan lintas hormat kontijen rumah sukan.
Bagi memberkati majlis pada hari ini, acara dimulai dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Helmi b Jumri. Majlis diteruskan dengan ucapan Guru Besar SK Pulau Meranti, Pn Siti Habsah bt Ahmad, diikuti ucapan YDP PIBG, Y.Bhg. Datuk Mohamad Mahzan b. Hj. Tamyiz. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YB Tuan Shahrum Bin Dato’ Hj Mohd Sharif (Ahli Dewan Undangan Dengkil)
Pelbagai acara menarik telah dijalankan pada hari ini. Antaranya acara sukaneka tahap 1, acara balapan, acara relay dan acara komuniti. Dengan adanya sukan tahunan peringkat sekolah ini, dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara semua warga SKPM dan komuniti setempat. Sehingga berjumpa lagi tahun hadapan, in sya Allah.
LENSA KAMERA
 |
Ketibaan tetamu kehormat |
 |
Lintas hormat kontijen rumah sukan |
 |
Lintas hormat kontijen rumah sukan |
 |
Ikrar kejohanan oleh Mohd Syamil Hafiz |
 |
Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Helmi |
 |
Ucapan Guru Besar, Pn Siti Habsah bt Ahmad |
 |
Ucapan YDP PIBG, Y.Bhg. Datuk Mohd Mahzan b Hj. Tamyiz |
 |
Ucapan perasmian oleh YB Tuan Shahrum b Dato' Hj Mohd Sharif
(ADUN Dengkil)
|
No comments:
Post a Comment