Jumaat (24 April 2015) - Selepas berakhirnya program bacaan Yasin mingguan, telah diadakan raptai akhir Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-49. Semua murid diberi taklimat ringkas oleh En Nordin Bin Mat Hussin, selaku pengurus kejohanan. Seterusnya murid dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut rumah sukan. Murid-murid kemudiannya dibawa ke padang SK Pulau Meranti diiringi oleh setiap guru rumah. Semua murid ditempatkan di khemah masing-masing mengikut rumah sukan. Cikgu Mohd Riza Feelaqiz Bin Shauri dan Teacher Rose Halina Bt Jedin selaku pengacara majlis memulakan acara dengan menjemput Ustaz Mohd Helmi Bin Jumri untuk memimpin bacaan doa. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu 'Negaraku' dan diikuti acara raptai perbarisan setiap rumah sukan. Seterusnya majis diserikan lagi dengan persembahan tarian oleh anak-anak cilik Galang Maya. Alhamdulillah acara raptai pada hari ini dapat dijalankan dengan sempurna mengikut perancangan. Diharapkan agar Kejohanan Sukan Tahunan yang akan diadakan pada hari Ahad nanti dapat berlangsung dengan jayanya...aamin.
LENSA KAMERA
![]() |
Taklimat raptai oleh Cikgu Nordin Bin Mat Hussin. |
![]() |
Murid dan guru rumah sukan berkumpul di padang SKPM |
![]() |
Persembahan tarian oleh anak-anak Galang Maya |
![]() |
Murid-murid yang menyertai perbarisan bersiap sedia untuk raptai perbarisan. |
![]() |
Raptai perbarisan sedang berlangsung |
![]() |
Semua hadirin berdiri untuk tabik hormat kontijen perbarisan |
![]() |
Pasukan dari Rumah Hijau |
![]() |
Pasukan dari Rumah Kuning |
![]() |
Raptai tabik hormat oleh kontijen perbarisan |
![]() |
Adik Mohd Syamil Hafiz mengetuai bacaan ikrar kejohanan. |
Disediakan oleh :
Pn Mahfuzah Ahmad Zakuan
Pn Mahfuzah Ahmad Zakuan
No comments:
Post a Comment