Saturday, November 19, 2016

TAKLIMAT DAN ORIENTASI PRASEKOLAH SKPM 2017

Taklimat Dan Orientasi Prasekolah SKPM 2017

Tarikh 19 November 2016 bermulalah penerimaan murid baharu prasekolah untuk kemasukkan 2017. Seawal 7.30 pagi lagi ibu bapa telah memenuhi ruang kantin bersama anak mereka.
        Pukul 8.00 pagi pendaftaran ibu bapa telah bermula. Majlis yang bermula 8.30 telah dilewatkan sedikit kerana ibu bapa murid amat teruja melihat anak- anak mereka berhimpun di dataran berbumbung.


Aktiviti Murid



         Pembuka bicara dan bacaan al fatihah permulaan Majlis.
        Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Penolong Kanan Pentadbiran ( En. Mohd Azmin B. Atan). Penerangan tentang KSPK Semakan 2017, isu  pendidikan global dan Linus antara ucapan beliau.




        Diteruskan pula dengan Penerangan tentang peraturan Prasekolah SKPM oleh penyelaras (Pn. Norjaya bt. Sumaleh). Majlis diakhiri dengan Pelantikan AJK Permuafakatan Prasekolah 2017.



        Akhirnya majlis melabuhkan tirainya dengan penyerahan maklumat murid kepada guru dan PPM.




Alhamdulilah kehadiran ibu bapa amat memuaskan...terima kasih pada pentadbir, guru prasekolah dan PPM.

No comments: