Saturday, November 26, 2016

PROGRAM ORIENTASI MURID TAHUN 1 SESI 2017

Program Hari Orientasi Tahun 1 yang telah diadakan pada 26 November 2016 berjalan dengan lancar dan jayanya. Seramai 111 orang murid Tahun 1 2017 telah hadir pada hari ini dan mereka dibahagikan kepada 3 kelas untuk menjalani Ujian Diagnostik.

Murid-murid kemudiannya berkumpul di tapak perhimpunan sebelum dibawa ke kelas untuk menduduki Ujian Diagnostik. Ibu bapa / penjaga seterusnya berkumpul di Dewan SKPM untuk mendengar taklimat ringkas berkaitan PBS dan KSSR daripada Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Mohd Azmin Bin Atan. Seterusnya, taklimat disiplin dan peraturan sekolah disampaikan oleh Encik Daud bin Aris. Taklimat berkaitan SPBT pula disampaikan oleh Puan Norsaliza Binti Abd. Ghani. Manakala Taklimat LINUS 2.0 disampaikan oleh Puan Saliza Binti Ahmad Salleh. Sementara itu, murid-murid Tahun 1 telah dibawa untuk mengenali bilik darjah, bilik-bilik khas, peraturan sekolah dan persekitaran sekolah. 

Hari Orientasi merupakan hari yang penuh bermakna dan bererti sekali terutamanya bagi murid-murid tadika atau prasekolah untuk melangkah ke alam persekolahan sebenar di Tahun 1. Dengan adanya program ini, sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid yang datang dari pelbagai latar belakang menyesuaikan diri dan sentiasa lebih bersedia untuk meneruskan pembelajaran di sekolah rendah.

Diucapkan selamat datang kepada semua Warga baru SKPM!

Sesi pendaftaran ibu bapa.

Sesi pendaftaran ibu bapa.

Murid berhimpun di Dataran Perhimpunan.

Pengacara Majlis Program Orientasi Murid Tahun 1.

Bacaan doa oleh Ustaz Helmi.

Ibu bapa di dalam Dewan SK Pulau Meranti.

Ucapan oleh Puan Guru Besar.

Taklimat PBS dan KSSR.

Taklimat SPBT.

Taklimat Disiplin.

Taklimat LINUS 2.0.

Ujian Diagnostik di kelas C.

Ujian Diagnostik di kelas B.

Ujian Diagnostik di kelas A.

Guru membimbing murid menjalani ujian diagnostik.

Ibu memujuk anaknya yang menangis.

No comments: