Pada hari Sabtu yang lalu, Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti, Puchong telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur. Lawatan Sambil Belajar ini adalah anjuran Unit Bimbingan Dan Kaunseling. Seramai 145 orang murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) dan 18 orang guru pengiring telah mengikuti lawatan ini.
Murid-murid berkumpul di sekolah seawal jam 7.10 pagi dengan ditemani oleh para ibu bapa. Guru-guru pengiring menyemak kehadiran murid dan memberikan pek makanan sarapan pagi. Selepas semuanya selesai, murid-murid beratur untuk menaiki bas yang telah disediakan. Bas bertolak ke destinasi pertama iaitu Tugu Negara pada jam 8.15 pagi. Enam destinasi yang ditujui sepanjang lawatan ini.
Tempat-Tempat sepanjang lawatan adalah seperti berikut;
- Tugu Negara
- Muzium Negara
- Planetarium Negara
- Masjid Negara
- Memorial Tunku Abdul Rahman
- Taman Tasik Perdana
Pelbagai ragam dan telatah murid yang dapat kami lihat sepanjang lawatan ini. Tetapi ianya tidak mematahkan semangat kami untuk mengiringi anak-anak murid ini. Mereka terasa teruja mengikuti lawatan ini kerana pertama kali menaiki bas bersama rakan-rakan mereka. Semoga lawatan sambil belajar ini dapat memberikan mereka pengalaman dan ilmu pengetahuan tentang sejarah-sejarah di Malaysia. Semoga ianya memberikan manfaat kepada semua murid-murid di masa akan datang. Setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti yang telah menjayakan lawatan ini.
Terima Kasih.... Terima Kasih..... Terima Kasih......
Murid-murid berkumpul di dataran berbumbung. |
Murid-murid Tahun 1 berkumpul di tapak perhimpunan. |
Dalam perjalanan ke destinasi yang pertama. |
Murid-murid bergambar kenangan bersama Guru Besar. |
Tugu Negara |
Bergambar kenangan di Tugu Negara. |
Murid-murid mambaca informasi mengenai Tugu Negara. |
Murid-murid menunggu sementara tiket masuk dibeli. |
Bergambar kenangan di dalam Muzium Negara. |
Singgahsana Sultan di Muzium Negara. |
Menunggu tayangan video di dalam Planetarium Negara. |
Murid-murid beratur untuk masuk ke Planetarium Negara. |
Makan tengahari di Planetarium Negara. |
Masjid Negara. |
Masjid Negara. |
Kenangan terindah di Taman Tasik Perdana. |
Murid-murid bermain taman sambil minum petang. |
No comments:
Post a Comment