Sambutan Hari Kanak-Kanak ialah untuk menghargai dan
meraikan murid-murid disamping memupuk semangat kerjasama & setiakawan
dikalangan warga sekolah. Rasional sambutan Hari Kanak-kanak ialah bagi
memupuk bakat dan kebolehan murid, mewujudkan hubungan erat antara murid-murid
dan warga kerja sekolah dan memupuk kerjasama dan perpaduan antara warga
sekolah.
TARIKH
PERTANDINGAN :
10 NOVEMBER
2016 (KHAMIS)
PERJALANAN
AKTIVITI
- Sambutan
kanak-kanak di mulakan dengan perhimpunan pagi tepat 7.30 pagi, dimulai
dengan guru kelas mengambil kehadiran murid dan kemudian Puan Nurhafizah menerangkan
perjalanan sambutan hari Kanak-Kanak dan bacaan doa disempurnakan Ustaz Adnan.
- Setelah
murid bersurai dari perhimpunan, guru kelas membawa murid ke stesen yang
telah ditetapkan.
- 4 jenis
sukaneka yang melibatkan murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 iaitu Galah
Panjang, Dodgeball, Badminton dan Bola Tampar dijalankan mengikut stesen
yang telah ditetapkan dan dapat ditamatkan pada waktu yang ditetapkan.
- Pertandingan
mewarna untuk Tahap 1 dijalankan pada jam 9.30 pagi.
- Sementara
pertandingan mewarna dijalankan, peserta yang akan menyertai pertandingan
pakaian beragam bersiap untuk persembahan.
- Penyertaan
untuk pertandingan pakaian beragam amat memberangsangkan di luar jangkaan.
Terdapat 10 orang penyertaan dari pra-sekolah, 11 penyertaan dari Tahun 1,
10 penyertaan dari Tahun 2 dan 10 penyertaan dari Tahun 3.
- Penyertaan
untuk Pertandingan Karaoke Tahap 2 dijalankan sebaik sahaja pertandingan
pakaian beragam selesai. Sebanyak 3 penyertaan dari Tahun 4, 3 penyertaan
dari Tahun 5 dan 4 penyertaan dari Tahun 6. Pertandingan ini juga dapat
dijalankan dan ditamatkan pada masa yang ditetapkan.
- Penyampaian
hadiah untuk Pertandingan Mewarna, Pakaian Beragam, Karaoke disampaikan
oleh Datin Noraizah, Datin Nora dan Puan Safinar Azura. Acara kemuncak,
iaitu penyampaian Anugerah Tokoh Kanak-kanak Tahap 1 dan Tahap 2 telah
disempurnakan oleh Encik Mohamad Azmin Bin Atan. Majlis penyampaian hadiah
kepada semua pemenang dijalankan dengan keadaan terkawal.
Majlis
meriah tidak terkata,
Gembira
sungguh murid bersukan,
Hari
Kanak-kanak SKPM 2016 memori tercipta,
No comments:
Post a Comment