Saturday, October 7, 2017

Hari Orientasi Tahun 1 Sesi 2018

Pada 7 Oktober 2017 - SKPM telah mengadakan Hari Orientasi Tahun1 Sesi 2018. Hari orientasi dilaksanakan untuk murid tahun 1 dengan tujuan mewujudkan rasa mahu ke sekolah, memperkenalkan warga sekolah serta untuk mengeratkan perhubungan sesama murid dan warga sekolah. Penerangan yang jelas juga diberikan kepada ibubapa berkaitan peraturan sekolah, KSSR , Linus dan lain-lain lagi.

Matlamat Program ini adalah :-
  • Memberi pendedahan awal kepada bakal murid-murid tahun 1 kepada alam persekolahan yang sebenar.
  • Memberi penerangan kepada ibubapa mengenai hal ehwal sekolah.
Objektif perlaksanaan program ini adalah :-
  • Memberi suntikan semangat kepada murid-murid yang akan menempuh alam persekolahan supaya mereka lebih bersedia menjelang hari persekolahan sebenar.
  • Mengenalkan suasana persekolahan dengan lebih dekat lagi dengan membawa mereka bertemu dengan guru-guru, serta melihat persekitaran sekolah seperti bilik darjah, pusat sumber, tandas, kantin, pejabat, surau dan lain-lain.
  • Menjelaskan kepada ibubapa hal-hal berkaitan persekolahan anak-anak yang perlu diketahui terutama bagi ibubapa yang pertama kali mempunyai anak yang akan memasuki alam persekolahan.
  • Menjalin hubungan baik dan lebih rapat diantara pihak sekolah dengan ibubapa untuk kebaikan bersama.




Pendaftaran



Murid berkumpul di tapak perhimpunan mengikut kelas yang ditentukan oleh pihak sekolah






Murid diberi ujian Diagnostik
Ibubapa / Penjaga berkumpul di dewan untuk mendengar taklimat

Pn Guru Besar memberikan taklimat ringkas

En.Azmin (PK 1) menyampaikan taklimat Kurikulum & transisi

Pn Saliza menyampaikan Taklimat Linur

Pn. Norsaliza menyampaikan Taklimat SPBT
Taklimat Disiplin disampaikan oleh guru disiplin En. Mohd Helmi


No comments: