Monday, October 23, 2017

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-38 (SESI PETANG)

Tarikh: 23 Oktober 2017
Tempat : Dataran Ilmu
Masa : 3.40-4.10 petang

Guru Bertugas:
1) Pn. Nasibah bt. Sairi
2) Pn. Norazmah bt. Che Omar
3) Pn. Norsaliza bt. Abd Ghani
4) En. Mohd Riza Feelaqiz b. Shauri
5) Pn. Nurhafizah bt. Udin

Pengerusi majlis: Pn. Nasibah bt Sairi

AGENDA:
1) Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu Sekolah dan lagu Aku Negaraku.
2) Bacaan doa: dipimpin adik Muhammad Ammar
3) Bacaan Rukun Negara: diketuai Pn. Nasibah
4) Bacaan Ikrar Murid: diketuai adik Aqif Aisy




5) Ucapan Guru Bertugas Sebelum Cuti: En. Adnan b. Mustafa

  • Menasihati murid supaya belanja duit yang diberi ibubapa dengan baik
  • Tidak membazir duit membeli barang yang tidak perlu 
  • Mengingatkan murid tidak menghilangkan jadual peperiksaan
  • Mengingatkan murid tentang peperiksaan yang bermula pada Jumaat ini
                     

6) Ucapan Guru Bertugas Minggu ini : Pn. Nasibah

  • Mengingatkan murid tentang peperiksaan yang bermula Jumaat ini kerana ada murid yang sudah tidak membawa buku
  • Menyediakan bahan dan peralatan yang diperlukan untuk peperiksaan Dunia Seni Visual yang bermula Jumaat ini
  • Jika sakit tidak dapat hadir semasa peperiksaan hendaklah memberi surat doktor untuk mengambil peperiksaan kemudian
  • Mengingatkan murid menjaga keselamatan semasa rehat 
  • Murid memakai kasut untuk ke mana-mana
  • Murid tidak membawa barang tidak berfaedah ke sekolah
                        
7) Perhimpunan ditangguhkan dan murid beredar ke kelas masing-masing

No comments: