Friday, October 13, 2017

Hari Sukan Negara, Merentas Desa & Hari Kanak-Kanak 2017

Jumaat, 13 Oktober 2017. Sambutan Hari Sukan Negara merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).

Demi menyambut cabaran tersebut, SK Pulau Meranti juga tidak ketinggalan meraikan sambutan Hari Sukan Negara bertempat di padang SK Pulau Meranti. Pada tahun 2017 ini, sambutan Hari Sukan Negara juga diserikan dengan aktiviti Merentas Desa dan juga Hari Kanak-Kanak.

Dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang dikendalikan dengan penuh bertenaga oleh Cikgu Eiza dan Puan Aniey, aktiviti yang ini mendapat sambutan yang meriah dari warga SK Pulau Meranti. Ternyata aktiviti yang diiringi muzik rancak ini berjaya menarik perhatian warga SK Pulau Meranti.











Seterusnya, aktiviti Merentas Desa pula dijalankan yang melibatkan murid-murid tahap 2. Murid-murid telah dibahagikan kepada 6 kategori, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6, lelaki dan perempuan; di mana 10 pemenang dari setiap kategori akan diberikan hadiah.
















Sementara murid-murid tahap 2 sibuk dengan aktiviti merentas desa, murid-murid pra-sekolah dan tahap 1 pula sibuk dengan aktiviti sukanekanya.













Sambutan Hari Kanak-Kanak pula merupakan pelengkap kepada sambutan 3 dalam 1 pada hari ini. Berbagai aktiviti seperti pakaian beragam dan nyanyian memeriahkan suasana sambutan Hari Kanak-kanak pada tahun ini. Makanan murid-murid pada kali ini ditaja oleh McDonalds Malaysia.  Diharapkan sambutan seperti ini akan berterusan pada masa akan datang, demi menyahut cabaran Negara Bersukan.







 




















No comments: