Monday, October 23, 2017

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU 38

Laporan Perhimpunan Minggu 38

Tarikh: 23 Oktober 2017
Tempat: Dataran Perhimpunan
Masa : 7:30 pagi

Guru Bertugas:
En. Yusnizan b. Ahmad Marzuki
Pn. Roshida Bt. Nayan
Cik Sharifah  Nurul Hafiza bt. Syed Omar
Pn. Norjaya bt. Sumaleh

Pengerusi Majlis : Pn. Norjaya bt. Sumaleh

Nyanyian 4 buah lagu
1. Lagu Negaraku
2. Lagu Negeri Selangor
3. Lagu Sekolah
4. Lagu Aku Negaraku


Dipimpin oleh adik Ainun Nisa dan adik Adriana

Bacaan doa oleh adik Adam Harith



Ikrar rukunegara oleh Pn. Norjaya bt. Sumaleh



Ikrar murid oleh adik Rusyadi



Ikrar Keselamatan Jalan raya oleh adik Farah Adiba Azian

Ucapan guru bertugas minggu sebelum cuti

Disampaikan oleh Pn. Siti Juitah

1. Beliau meminta murid mengaplikasikan aktiviti yang telah dijalankan dalam penulisan untuk subjek bahasa Melayu.
2. Murid boleh menceritakan semua pengalaman yang telah dialami.
4. Beliau menegur sikap murid yang tiada kesedaran tentang budaya membuang sampah di dalam tong sampah.
5. Beliau meminta murid menjaga kebersihan terutamanya di dalam kelas.

Ucapan Guru Bertugas

Disampaikan oleh Pn. Norjaya bt. Sumaleh

1. Memperkenalkan guru bertugas mingguan.
2. Bercerita tentang tema " Budaya Membaca"
3. Beliau meminta murid membaca maklumat yang berada di sekolah.
4. Beliau meminta murid menerapkan budaya membaca semasa menunggu bas sekolah sampai.
5. Beliau meminta murid mengulangkaji pelajaran sebelum peperiksaan Akhir Tahun pada jumaat ini.

Ucapan Pentadbir

Disampaikan oleh Datin Nora PK.Kokurikulum

1. Beliau meminta mutid menjaga disiplin di dalam kelas.
2. Beliau  mengingatkan murid agar mengulangkaji pelajaran untuk persediaan Peperiksaan Akhir Tahun.
3. Mengingatkan agar murid tidak leka kerana peperiksaan ini akan menentukan kedudukan kelas mereka.

Perhimpunan ditangguhkan pada 8.15 pagi...


No comments: