Tuesday, July 10, 2018

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 1439H








MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 1439H

                 Pada 7 Julai 2018, Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti (SKPM) dengan kerjasama Badan Kebajikan Guru dan Staf (BKGS) bersama Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah mengadakan satu Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah bagi tahun 2018M bersamaan 1439H.

Secara ringkasnya, butiran maklumat program adalah sebagaimana berikut :- 

Tarikh: 7 Julai 2018
Hari    : Sabtu
Masa   : 7.30 pagi – 12.50 tengahari.

Penglibatan : Semua guru, staff dan murid SK Pulau Meranti.

Rentetan perjalanan majlis :-

7.30 pagi  : Semua murid dan guru berkumpul di dataran sekolah.
8.00 pagi  : -Ucapan alu-aluan Pengacara Majlis
                   -Bacaan doa
                   - Penyampaian Hadiah Bulan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa
                     Arab.
                   - Ucapan Guru Besar
                   - Ucapan YDP PIBG
                   - Ucapan YB ADUN Dengkil
                   - Sesi pemotongan kek hari lahir guru bulan 4, 5 dan 6.
                   - Penyampaian sumbangan kepada guru.
                   - Sesi bergambar beramai-ramai
9.30 pagi   : Jamuan Murid, Guru, Staf & VIP
10.30 pagi : Persembahan Nyanyian Lagu Raya berkumpulan dan individu.
12.50         : Murid bersurai.  



Sekilas dari lensa kamera… 

Majlis dimulakan dengan alu-aluan oleh pengerusi majlis, 
Cik Siti Aniqah dan Encik Muhammad Nasrul Afiq, seterusnya,
 diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Sufian bin Abdullah. 

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah Bulan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sementara menanti ketibaan YB Adun Dengkil.


 

Ketibaan YB ADUN Dengkil, YB Adif Syan Abdullah yang diiringi oleh 
Puan Guru Besar SK Pulau Meranti, Puan Siti Habsah Binti Ahmad





Sesi pemotongan kek hari lahir guru dan staf bulan 4,5 dan 6 berama-sama YB Adun Dengkil





Sesi Penyampaian Sumbangan kepada guru-guru. Antaranya Encik Muhammad Nasrul Afiq bersempena dengan kelahiran cahaya mata beliau yang pertama, Cik Najwa di atas kepulangan ayahnda tercinta ke rahmatullah dan Ustaz Adnan di atas pertukaran beliau ke sekolah baru.




Sesi bergambar beramai-ramai bersama-sama YB Adun Dengkil




YB Adun Dengkil bersalam-salaman sebelum beredar meninggalkan majlis








Majlis jamuan bermula. Murid bergerak mengikut kiosk makanan pilihan masing-masing. Antaranya adalah laksa, bihun goreng dan nasi himpit kuah kacang.




Suasana di kiosk air minuman dan aiskrim yang mendapat sambutan paling hangat.





Suasana di gerai laksa yang turut menjadi pilihan semua. 




Suasana di kiosk rojak buah yang mendapat sambutan para guru.





Suasana di kawasan membakar ayam golek.







                               

     Persembahan Nyanyian Lagu Raya 





Sumbangan sambutan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri SK Pulau Meranti 1439H 
oleh Tuan Nazir Masjid Pulau Meranti, Encik Hadi Bin Abdullah. 


Secara konklusinya, majlis berjalan dengan lancar dan pihak majlis memohon berbanyak kemaafan di atas segala kekurangan jika ada. Segala cadangan amat-amat dialukan bagi penambahbaikan pada tahun seterusnya. 

Pihak majlis juga mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan majlis ini waima secara langsung mahupun tidak. 

Semoga Allah memberkati tautan aidilfitri sesama warga SKPM  yang telah dilaksanakan dan semoga kita berjumpa lagi pada tahun hadapan. 



No comments: