Thursday, July 12, 2018

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN MATEMATIK UPSR 2018

Tarikh   : 12 Julai 2018 (Khamis)
Masa     : 8.30 - 10.30 pagi
Tempat : Dewan SKPM


Bengkel teknik menjawab Matematik UPSR bagi murid Tahun 6 telah berlangsung pada pagi ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi.  Murid-murid Tahun 6 sungguh bertuah kerana penceramah jemputan iaitu Encik Mohd Zaini bin Yas dari SK Cyberjaya telah sudi mengendalikan bengkel pada hari ini.

Melalui program ini, murid telah didedahkan teknik dan cara-cara menjawab  mengikut skema pemarkahan yang betul. Murid juga diberi banyak pendedahan tentang cara mudah untuk menyelesaikan soalan. Murid-murid mendapat banyak ilmu dan pengetahuan yang dapat dijadikan panduan untuk menjawab soalan UPSR kelak. Semoga murid-murid dapat menjawab dengan baik dalam peperiksaan UPSR dan beroleh keputusan yang cemerlang.









No comments: