LAPORAN PERHIMPUNAN
MINGGU KE-28
(SESI PAGI)
Tarikh : 30 Julai 2018
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan
Tema : Keselamatan Diri
Guru Bertugas Kumpulan 4 :
1. En. Ibrahim Bin Zainuddin
2. En. Asmady Bin Mohamed
3. Pn. Nor Hanim Binti Ismail
4. Pn. Norhalida Binti Ishak
5. Cik. Sharifah Nurul Hafizah Binti Syed Omar
Sekilas Kronologi Lensa :
Berikutan
hujan lebat, perhimpunan rasmi pada
minggu ini telah ditangguhkan. Murid-murid sekadar diarahkan beratur di tepi kelas masing-masing untuk
bacaan doa dan masuk ke kelas bagi sesi
mentor mentee selama 30 minit bagi menggantikan perhimpunan rasmi.
Guru bertugas, Puan Nor Hanim membuat pengumuman arahan supaya murid beratur dan bersedia di tepi kelas masing-masing.
Murid-murid beratur dan bersedia untuk bacaan doa.
Bacaan doa diimamkan oleh adik Arief Luqman, 4 Gemilang.
Para murid mengaminkan doa.
Pengawas bertugas turut mengawal keadaan semua murid ketika bacaan doa dialunkan.
Seterusnya, Puan Nor Hanim memaklumkan berkenaan sesi mentor mentee yang akan dijalankan dan mengarahkan murid-murid masuk ke kelas secara beransur-ansur.
Murid-murid masuk ke kelas dalam keadaan teratur dan bersedia bagi sesi mentor mentee.
Tuntasnya, sesi bacaan doa pagi dan mentor mentee berjalan dengan lancar. Jutaan maaf atas sebarang kesilapan teknikal dan kekurangan dari pihak kumpulan guru bertugas pada minggu ini dan in shaa Allah bakal diperbaik pada masa akan datang.
Sekiranya terdapat sebarang permasalahan, warga sekolah bolehlah merujuk kepada guru-guru bertugas pada minggu ini sebagaimana nama-nama yang telah tertera di atas.
Segala pemahaman, kerjasama dan bantuan semua pihak dalam melunaskan tugas sepanjang minggu ini, didahulukan dengan sekalung ucapan terima kasih.
No comments:
Post a Comment