27 Julai 2018, Jumaat - Panitia Pendidikan Islam Dan Moral telah selesai melaksanakan Kem Bestari Solat dan Kem Pendidikan Moral Fasa 1. Alhamdulillah program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Murid yang terlibat terdiri daripada murid Tahap Satu sahaja. Untuk Tahun Satu, ia dilaksanakan bermula jam 7.20 pagi dan berakhir pada jam 11.50 pagi, manakala Tahun Dua dan Tahun Tiga ianya dilaksanakan bermula jam 2.20 petang hingga 6.10 petang.
Antara matlamat pelaksanaan Kem Bestari Solat Fasa 1 adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang rukun dan sunat wuduk serta praktikal wuduk. Selain itu, murid juga turut didedahkan dengan lafaz niat solat fardhu, bacaan solat dan cara pelakuan solat fardhu. Semua murid memberi kerjasama dengan baik sekali sepanjang program ini berlangsung. Para fasilitator yang terdiri daripada guru turut memberi komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat. Semoga perkongsian ilmu yang dicurahkan kepada anak didik diberi ganjaran yang setimpal oleh Allah Taala...aamiin.
LENSA KAMERA
Murid menyiapkan lembaran kerja selepas mendengar penerangan daripada fasilitator.
Amali wuduk
Praktikal solat secara berjemaah
Penerangan oleh guru
Belajar teori wuduk di dalam kelas
Uji Minda
Praktikal wuduk
Praktikal Solat Asar secara berjemaah
No comments:
Post a Comment