Monday, May 29, 2023

MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR (PUAN SITI HABSAH BINTI AHMAD)

 

Pada 27 Mei 2023 (Sabtu), Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke-48 SK Pulau Meranti 2023 telah diadakan. Setelah selesai mesyuarat tersebut, sebuah Majlis Persaraan Guru Besar, Puan Siti Habsah binti Ahmad telah diadakan. Majlis ini bertujuan untuk pihak Ibubapa, guru dan AJK PIBG turut bersama-sama meraikan Puan Guru Besar yang bersara dengan penghormatan daripada warga sekolah. Pada masa yang sama, majlis ini bertujuan supaya Puan Guru Besar dapat berkongsi pengalaman perkhidmatan kepada warga sekolah supaya dapat dijadikan panduan dan iktibar. Beliau telah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi dan bersungguh-sungguh dalam mendidik anak bangsa.

 

Aturcara Program

• Ucapan Wakil Guru/Pentadbir

• Ucapan YDP PIBG

• Ucapan Guru Besar – yang diraikan

• Pemberian hadiah

Lensa Kamera

Guru Besar bersama barisan pentadbir sekolah



Penyampaian hadiah kenang-kenangan oleh Ketua Panitia/wakil guru

Guru Besar bersama AJK PIBG, Ibubapa, bekas murid dan pengawal keselamatan sekolah

Guru Besar bersama sebilangan guru sesi petang




Syabas dan jutaan terima kasih ditujukan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan majlis ini khasnya buat BKGS, YDP, NYDP PIBG, Penyelaras Majlis, guru-guru, staf sokongan dan ibubapa yang berganding bahu menjayakan dan memberikan sokongan kepada majlis ini secara langsung mahupun tidak.

Segala kekhilafan dan kekurangan didahulukan dengan ribuan kemaafan dan segala kerjasama dan pemahaman daripada semua pihak khususnya warga sekolah dan ahli PIBG amatlah dihargai.

LAPORAN GURU BERTUGAS, SESI PAGI MINGGU KE 9, 2023

Tarikh: 22 Mei- 26 Mei 2023

Tema: Sayangi Sekolah

Kumpulan : 3


GURU BERTUGAS

1. En. Mohamad Helmi Bin Jumri -Ketua

2. En. Muhammad Rizwan Bin Mat Ripin

3. Puan Nirawaty Binti Mohd Nor

4. Puan Diana Binti Mohd Yusoff

5. Puan Che Mariah binti Ngah



TUGASAN SEPANJANG MINGGU

1. Menyambut kedatangan murid serta memantau pergerakan masuk murid-murid ke dalam kawasan sekolah.

2. Memantau disiplin dan memastikan murid-murid sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah sepanjang berada di kawasan sekolah.

3. Memastikan keselamatan murid-murid ketika berada di kawasan sekolah.

4. Memastikan murid-murid bergerak pulang dalam keadaan selamat dan terkawal serta diambil  oleh ibubapa /penjaga pada waktu yang telah ditetapkan.


LENSA KAMERA




 Murid hadir dan pulang dalam keadaan baik dan terkawal


En. Mohamad Helmi selaku ketua guru bertugas mengacarakan majlis.


En. R. Gopi Rangaya memberi dapatan dan nasihat selaku wakil guru yang bertugas pada minggu lepas (minggu 8).




Guru Besar, Pn. Siti Habsah Binti Ahmad memberikan nasihat dan ingatan kepada murid.
 




Sunday, May 28, 2023

MESYUARAT AGONG PIBG SK PULAU MERANTI KALI KE-48 2023

 

Pada 27 Mei 2023 (Sabtu), SK Pulau Meranti telah mengadakan Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke-48 yang bertempat di Dewan Seri Meranti bermula pukul 8:00 pagi.

                                                                                                   

Kaunter pendaftaran kehadiran bagi Ibubapa/Guru serta AJK PIBG mula dibuka bermula jam 8:00 pagi. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengacara Majlis, nyanyian lagu Negaraku, manakala bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Shamsoe Riza Bin Mohamed.


Majlis diteruskan dengan Ucapan Penasihat PIBG, Puan Siti Habsah Binti Ahmad Guru Besar SK Pulau Meranti. Seterusnya Ucapan Perasmian Majlis disempurnakan oleh Encik Azwan Hazle Bin Aminuddin merangkap YDP PIBG 2022/2023 SK Pulau Meranti.


AGENDA MESYUARAT

1.            Ucapan Yang Dipertua PIBG

2.            Membentang dan menerima minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 47 (Setiausaha)

3.            Membentang dan menerima Laporan

              Tahunan PIBG Sesi 2022/2023.

4.            Membentang dan menerima Penyata Kewangan berakhir 31 DISEMBER 2022.

5.            Membahaskan usul – usul bertulis

6.            Pembubaran AJK PIBG 2022/2023

7.            Melantik seorang Pengerusi sementara

8.            Memilih AJK PIBG Sesi 2023/2024

9.            Ucapan penangguhan

 Berikut merupakan senarai AJK PIBG sesi 2023/2024:


Penasihat

Pn. Siti Habsah Binti Ahmad (Guru Besar)

Yang Dipertua

En. Azwan Hazle Bin Aminuddin

Naib Yang Dipertua

En. Wilfred Sonny Gomez Jr

Setiausaha Kehormat

En. Mohamad Helmi Bin Jumri

Bendahari Kehormat

Pn. Rabiatul Adawidyah Binti Isris

Juruaudit

Pn. Suriatie Binti Che Lah

Pn. Nurul Izzati Binti Jalal

Ajk Ibu Bapa

En. Zulhilmi Bin Johan

Pn. Aisha Binti Saleh

En. Mohd Hatta Bin Zainal Abidin

Pn. Sharifah Salwa Binti Syed Mohd Badaruddin 

Pn. Roziani Abd Rahman

Pn. Faezah Abd Ghani

En. Mohd Hanif Abdul Rani

Ajk Guru

En. Tuan Asri Bin Tuan Deraman 

En. Muhammad Aliff Shah Bin Idris

En. Mohd Kamarulizam Bin Ngah

Cik Najwa Binti Abd Wahab

Pn. Norizan Binti Mohd Ayub

 






Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 pagi. Tahniah pada semua atas kerjasama dan komitmen yang diberikan untuk merealisasikan kelancaran Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 ini.

 Mohon maaf atas kekurangan dan kekhilafan.

Terima Kasih.

Monday, May 22, 2023

LAPORAN GURU BERTUGAS SESI PETANG MINGGU 9 2023/2024

TARIKH      : 22 MEI -  26 MEI 2023

MINGGU     : KE-9

KUMPULAN : KUMPULAN 3 SESI PETANG


GURU BERTUGAS:

  1. PN. HANIZA BINTI KERIA@ZAKARIA (KETUA)
  2. PN. NURSHAZWANI BINTI HAMZAH 
  3. PN. NORIZAN BINTI AYUB
  4. PN. YUSNUR AIDA BINTI YUSOF
  5. EN. NORAMALUDDIN BIN MD YUSOFF
  6. PN. NURUL NABILAH BINTI NAJID



TUGASAN SEPANJANG MINGGU INI:
  1. Memantau pergerakan murid-murid di pintu masuk pagar sekolah bermula pada jam 12.30 tengahari.
  2. Memantau dan mengawal pergerakan murid ketika rehat di dataran berbumbung dan kantin.
  3. Mengingatkan murid supaya minum air masak secukupnya setiap masa bagi menggelakkan berlakunya dehidrasi terutamanya musim panas ini.
  4. Murid-murid dibenarkan memakai pakaian baju tshirt, seluar track dan berkasut sekolah sepanjang musim panas ini selaras dengan surat siaran KPM.
  5. Mengawal perjalanan murid sewaktu pulang dari sekolah dengan diiringi oleh guru mata pelajaran terakhir.
  6. Memastikan murid-murid mengikut peraturan sekolah yang ditetapkan.
  7. Memastikan semua murid pulang dan diambil penjaga pada waktu yang ditetapkan sebelum jam 6.20 petang bagi hari Isnin dan Selasa manakala jam 5.50 petang bagi hari Rabu, Khamis dan Jumaat.


PERHIMPUNAN

AKTIVITI
  • Pengacara Majlis : Puan Haniza binti Keria@Zakaria
  • Bacaan Doa : Kashfi Hakim (2 Belatuk)
  • Ikrar Rukun Negara : Puan Haniza binti Keria@Zakaria
  • Ikrar Murid : Syauqina Nur Hannani binti Shaiful Rizal (2 Helang)
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU INI
  • Disampaikan oleh Puan Haniza binti Keria@Zakaria.
  • Tema pada minggu ini ialah Disiplin "Sayangi Sekolah".
  • Puan Haniza memberikan definisi apa itu sayangi sekolah kepada murid.
  • Beliau menyatakan banyak definisi sayangi sekolah antaranya harta benda dan fasiliti di persekitaran sekolah.
  • Sayangi diri sendiri contoh menjaga kesihatan diri ketika musim panas ini.
  • Beliau memperkenalkan barisan guru yang bertugas sepanjang minggu ke 9.
  • Sebarang masalah bolehlah merujuk kepada barisan guru yang bertugas.
Pengerusi Majlis oleh Puan Haniza.

Bacaan doa oleh adik Kashfi Hakim (2 Belatuk).

Ikrar murid dipimpin oleh adik Syauqina (2 Helang).

Bacaan ikrar murid.

Ucapan guru bertugas minggu ini.


LENSA KAMERA

Murid-Murid hadir ke sekolah.

Murid menunggu ibu bapa sambil dibantu oleh guru bertugas dan pengawal keselamatan.

Guru bertugas mengawal penyuraian murid pulang.

Murid-Murid berkumpul di dataran berbumbung sebelum masuk ke kelas.


Thursday, May 18, 2023

BULAN BAHASA SK PULAU MERANTI 2023

BULAN BAHASA 

SK PULAU MERANTI 2023


Bulan Bahasa 2023 telah menggabungkan aktiviti bagi 3 bahasa yang dipelajari di sekolah iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab serta kerjasama Pusat Sumber Sekolah. Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan seperti mewarna, bersajak, storytelling dan lain-lain lagi.


Tarikh: 16 MEI hingga 16 JUN 2023


OBJEKTIF:

Antara objektif penggabungan 3 bahasa ini dilaksanakan dalam bulan bahasa ialah menyambut dan menyokong "Highly Immersive Program" - HIP selain memperluas penguasaan dalam 3 bahasa ini. Menarik minat serta bakat dalam diri pelajar secara tidak langsung.

Semoga permulaan program "bulan bahasa" dengan penggabungan 3 bahasa ini dapat dilaksanakan dengan baik dan akan ditambahkanbaik dari masa ke semasa.


Gambar-gambar bagi perasmian aktiviti ini:

Sesi pagi

A group of people sitting on the ground

Description automatically generatedA person standing at a podium with a microphone

Description automatically generated with medium confidence       

A group of children sitting on the ground

Description automatically generated with medium confidence

A picture containing text, clothing, person, outdoor

Description automatically generated


A group of people standing in front of a building

Description automatically generated      

Perasmian: Pn Siti Habsah binti Ahmad, Guru Besar SK Pulau Meranti


A group of people posing for a photo

Description automatically generated  

Panitia Bahasa Melayu


A group of people standing on steps outside a building

Description automatically generated with low confidence 

Panitia Bahasa Inggeris


A group of people standing in front of a building

Description automatically generated

Panitia Bahasa Arab


Sesi Petang

A person holding a microphone and holding a box

Description automatically generated with low confidence

A group of children sitting on the ground

Description automatically generated with medium confidence

A group of people standing in front of signs

Description automatically generated with medium confidence 

Perasmian dari Pk Petang Pn Parimala


A person in a yellow dress holding a microphone

Description automatically generated with low confidence

Taklimat dari Pn Nirawaty Unit PSS SKPM


A group of women standing together

Description automatically generated with medium confidence